Motorola Moto X40 kini rasmi dengan cip Snapdragon 8 Gen 2 dan skrin 165Hz – harga sekitar RM 2,156
Motorola secara rasminya telah melancarkan Motorola Moto X4 yang dilihat sebagai flagship terbaru syarikat ini.
Motorola Moto X4 hadir dengan skrin paparan berukuran 6.7-inxi dengan resolusi FHD+ dan kadar segar semula 165Hz. Panel ini adalah jenis 10-bit yang menyokong HDR10+ dan DC dimming serta sensor capjari dalam skrin.
Selain itu, Moto X40 dijana cip Snapdragon 8 Gen , sistem penyejukan 11 lapisan, 8GB atau 12GB RAM jenis LPDDRX5 dan tiga kapasiti storan dalaman jenis UFS 4.0 iaitu 128GB,256GB dan 512GB. Ianya juga tampil dengan antaramuka My UI 5.0 yang berasaskan Android 13.
Beralih ke kamera, Motorola Moto X40 memiliki sensor utama 50MP yang mempunyai OIS, sensor ultrawide 117° juga pada resolusi 50MP dengan pemfokusan auto dan sensor portrait 2x 12MP. Kamera selfie adalah 60MP.
Dalam pada itu, Moto X40 juga disertakan dengan bateri 4,600mAh dengan pengecasan pantas 125W yang membolehkan 50% pengecasan dicapai didalam masa 7 minit dan terdapat pengecasan tanpa wayar 15W.
Akhir sekali, Moto X40 hadir dengan chasis yang diperbuat daripada aluminium 7000-series dengan kombinasi lapisan gelas Gorilla Glass Victus pada bahagian belakang dan terdapat juga pensijilan IP68.
Motorola Moto X40 kini telah dibuka untuk pra-tempahan di China pada harga dari CNY 3,399 (RM 2,156).
Buat masa ini masih belum ada maklumat mengenai pelancaran global.