Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Apple iOS akan sokong muatnaik dari stor aplikasi pihak ketiga pada tahun 2023

Apple iOS akan sokong muatnaik dari stor aplikasi pihak ketiga pada tahun 2023 3

Apple dilaporkan sedang merancang untuk melakukan perubahan drastik pada iOS dan produk serta perkhidmatan mereka untuk mematuhi peraturan baharu yang termaktub didalam Akta Pasaran dan Perkhidmatan Digital di pasaran Eropah.

Menurut Mark Gurman, Apple akan mengubah platform utama syarikat ini dengan memberi akses kepada elemen utama yang membawa maksud bahawa pengguna iPhone dan iPad sudah boleh memuatnaik aplikasi melalui stor aplikasi pihak ketiga dan laman web.

Perubahan itu hanya berkuatkuasa di 27 negara yang menjadi ahli Kesatuan Eropah namun Apple dijangka akan mengembangkan perkhidmatan ini ke benua lain selepas itu.

Apple dijangka mula melakukan perubahan ini pada iOS 17 yang akan dilancarkan tahun hadapan dan Apple mempunyai sehingga 2024 untuk mematuhi peraturan baharu yang ditetapkan oleh Kesatuan Eropah.

Selain itu, perubahan ini juga termasuk membenarkan akses yang lebih luas kepada cip NFC, kamera, ciri Find My dan AirTag.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.