Motorola Edge 30 Ultra rasmi untuk pasaran antarabangsa dengan sensor 200MP ISOCELL HP1
Motorola Edge 30 Ultra telah dilancarkan secara rasmi untuk pasaran antarabangsa dan ianya adalah sama seperti Moto X30 Pro yang dilancarkan dipasaran China bulan lalu.
Motorola Edge 30 Ultra hadir dengan sensor kamera dengan megapiksel paling tinggi dipasaran iaitu sensor 200MP ISOCELL HP1 yang merupakan sensor 1/1.22 yang menggunakan teknologi pixel binning 16-in-1 untuk hasil gambar 12.5MP
Sensor ini juga mampu menghasilkan output gambar 50MP dengan 1.28μm atau 200MP dengan 0.64μm dan sensor ini juga mempunyai OIS serta aperture f/1.95.
Dua lagi sensor kamera yang turut disertakan adalah sensor ultrawide 50MP dan sensor telefoto 2x 12MP Sony IMX633. Kamera selfie adalah 60MP OmniVision OV60a.
Bercakap mengenai paparan, Motorola Edge 30 Ultra memiliki skrin 6.67-inci pOLED dengan kadar segar semula 144Hz pada resolusi FHD+ dengan kecerahan maksima 1,250nits.
Selain itu, Motorola Edge 30 Ultra juga memiliki cip Snapdragon 8+ Gen 1, sehingga 12GB RAM jenis LPDDR5 dan storan dalaman sehingga 512GB.
Ke bahagian bateri pula, Motorola Edge 30 Ultra memiliki bateri 4,610mAh yang menampilkan pengecasan pantas 125W TurboPower dan pengecasan tanpa wayar 50W.
Motorola Edge 30 Ultra kini ditawarkan didalam dua pilihan warna iaitu Interstellar Black dan Starlight White pada harga dari €900 (RM 4,078).