Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme 10s 5G kini rasmi dengan skrin LCD 90Hz dan Dimensity 810- harga RM 698

realme secara rasminya telah melancarkan realme 10s 5G sebagai penambahan terbaru didalam keluarga realme 10 Series.

realme 10s 5G hadir dengan skrin paparan LCD 90Hz berukuran 6.6-inci dengan resolusi FHD+, cip Dimensity 810, 8GB RAM, storan dalaman sehingga 256GB dan antaramuka realme UI 3.0 yang berasaskan Android 12.

realme 10s 5G tampil dengan sensor utama 50MP bersama sensor depth 2MP manakala kamera selfie adalah 8MP.

Selain itu, realme 10s juga memiliki pembesar suara Hi-Res Audio, slot microSD, bateri berkapasiti 5,000mAh dengan pengecasan pantas 33W dan sensor capjari pada butang kuasa.

realme 10s 5G akan ditawarkan didalam dua warna iaitu blue dan black pada harga CNY 1,099 (RM 698) bagi varian 8/128GB dan CNY 1,299 (RM 835) bagi varian 8/256GB.

realme 10 Pro+ 5G kini rasmi di Malaysia pada harga RM 1,799

realme 10 Pro 5G kini rasmi di Malaysia dengan skrin 120Hz dan Snapdragon 695 – harga RM 1,299

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.