Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi 13 rasmi dengan Snapdragon 8 Gen 2 dan kamera yang mendapat sentuhan LEICA

Selain Xiaomi 13 Pro, Xiaomi 13 juga dilancarkan dengan cip flagship terbaru Qualcomm dan kamera yang dibangunkan bersama LEICA.

Xiaomi 13  hadir dengan skrin paparan AMOLED FHD+ berukuran 6.36-inci dengan kadar segar semula 120Hz AdaptiveSync dan HDR10+.

Skrin paparan ini juga memaparkan 68 bilion warna dengan kecerahan maksima sehingga 19000 nits. Xiaomi 13 juga mempunyai sensor capjari terbina dalam skrin dan panel ini juga dilapisi gelas keselamatan Corning Gorilla Victus.

Xiaomi 13 tampil dengan pemproses Snapdragon 8 Gen 2 seperti pada Xiaomi 13 Pro dan ianya dipadankan dengan beberapa kapasiti RAM LPDRR5X dan storan dalaman jenis UFS 4.0

Beralih kepada kamera, Xiaomi 13 tampil dengan sensor utama Sony IMX800 50MP f/1.8 dengan Hyper OIS, sensor ultrawide 1P dan sensor telefoto 10MP dengan 2x zoom. Kamera selfie Xiaomi 13 adalah 32MP.

Bercakap mengenai bateri, Xiaomi 13 memiliki bateri 4,500mAh dengan pengecasan pantas 67W dan pengecasan tanpa wayar 50W. Pengecasan ini juga dilengkapi teknokogi Xiaomi Adaptive Charging. 

Selain itu, Xiaomi 13  juga memiliki pembesar suara stereo Dolby Atmos, IR Blaster dan pensijilan kalis air dan habuk IP68.

Xiaomi 13 ditawarkan didalam kemasan belakang gelas yang terdiri daripada warna Black, Light Green, Light Blue, Gray dan White. terdapat juga warna Red, Yellow, Green dan Blue namun hanya warna Light Blue yang tampil dengan kemasan kulit.

Xiaomi 13 akan ditawarkan didalam beberapa varian iaitu 8GB/128GB, 8GB/256GB, 12GB/256GB dan 12GB/512GB pada harga dari CNY 3,999 (RM 2,538) sehingga CNY 4,599 (RM 2,919).

Penawaran global Xiaomi 13 mungkin akan diumumkan didalam masa terdekat.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.