Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Aplikasi Google kini boleh digunakan dengan selamat pada HUAWEI Mate 50 series, nova series, Matepad series dan banyak lagi

Aplikasi Google kini boleh digunakan dengan selamat pada HUAWEI Mate 50 series, nova series, Matepad series dan banyak lagi 

HUAWEI Mate50 Series telah berada dipasaran tempatan sejak awal bulan lalu dan rata-rata peminat HUAWEI teruja dengan ‘comeback’ HUAWEI Mate Series selepas beberapa tahun.

HUAWEI Mate50 Series telah mendapat sambutan yang sangat baik terutamanya bagi HUAWEI Mate50 Pro KUNLUN Glass Edition Orange Leather yang kehabisan stok pada hari pertama jualan rasmi di Malaysia.

Aplikasi Google kini boleh digunakan dengan selamat pada HUAWEI Mate 50 series, nova series, Matepad series dan banyak lagi 17

Disebabkan ini, terdapat permintaan yang tinggi daripada pengguna untuk HUAWEI menawarkan varian lain bagi HUAWEI Mate50 Pro KUNLUN Glass Edition iaitu didalam warna Carbon Black dan Silver.

Apa itu KUNLUN Glass?

Aplikasi Google kini boleh digunakan dengan selamat pada HUAWEI Mate 50 series, nova series, Matepad series dan banyak lagi 18

Bagi yang tidak mengikuti perkembangan dunia teknologi, anda pasti tertanya-tanya apakah itu KUNLUN glass dan kelebihanya.

Kebanyakan panel kaca yang digunakan dalam industri dikukuhkan melalui proses kimia pada permukaan kaca yang hanya mampu menahan sebahagian daripada impak luaran

Kekuatan struktur kaca mempunyai batasan dan apabila daya luaran tersebut terkena pada titik tertentu, lapisan pengukuhan akan terjejas, menyebabkan rekahan dalaman yang akhirnya memecahkan kaca. 

Lapisan peneguh panel kaca standard di pasaran  mempunyai ketebalan sekitar 150um dan tiada sebarang cara lain untuk menguatkan ketahanan gelas ini selain menjadikanya lebih tebal.

Menyedari masalah ini, jurutera HUAWEI mengambil inspirasi daripada ciri-ciri pembinaan konkrit bertetulang yang mana selepas menambah lapisan pengukuhan, dinding masih mampu menanggung beban bangunan konvensional walaupun permukaannya rosak.

Bercakap mengenai telefon pintar, HUAWEI menggunakan kaedah yang canggih untuk meningkatkan ketahanan kaca terhadap jatuhan dengan menyuntik sejumlah besar nanokristal untuk mencipta rangka  sokongan yang tebal. 

Untuk mencipta skrin telefon pintar yang optimum, HUAWEI telah membuat keputusan untuk bekerjasama dengan syarikat yang pakar dalam kaca. 

Selepas 4 tahun penyelidikan, syarikat itu berjaya mencapai kejayaan dalam proses pembuatan kaca asas dengan menambah oksida logam tertentu, seperti nanokristal.

Proses ini melibatkan pertumbuhan nanokristal pada suhu tinggi selama 24 jam, pemprosesan bahan matriks mikro-kristal 108 langkah, dan peleburan platinum darjah pada suhu 1600° celsius.

 

Hasilnya, jurutera HUAWEI telah mencipta penyelesaian kepada masalah yang biasa dihadapi oleh industri dengan penghasilan gelas KUNLUN.

Sepuluh kuadriliun nanokristal digunakan dalam salutan Kaca Kunlun untuk meningkatkan keliatan kaca dengan ketara. 

Prosedur pengukuhan menjamin bahawa kristal adalah cukup kecil dalam pembinaan berskala besar dan berketumpatan tinggi. 

Di samping itu, ia juga mesti digabungkan dengan kaca untuk mengelakkan cahaya daripada membias, yang akan menjejaskan keupayaan peranti untuk menghantar cahaya dan ketahanan jatuhan telefon pintar juga meningkat 10 kali ganda lebih baik dengan kaca Kunlun.

Oleh itu, HUAWEI Mate50 Pro KUNLUN Glass Edition juga telah diiktiraf sebagai telefon pintar pertama dengan pensijilan 5 bintang SGS untuk perlindungan tahan jatuh 

Selain itu, terdapat banyak persoalan dan keraguan pengguna samada aplikasi Google sudah boleh digunakan pada telefon pintar HUAWEI yang lain ataupun tidak.

Jawapan kepada persoalan ini boleh ada ketahui pada artikel ini;

Aplikasi Google kini boleh digunakan dengan selamat pada HUAWEI Mate 50 series, nova series, Matepad series dan banyak lagi 19

Aplikasi Google kini tersedia pada telefon pintar dan tablet HUAWEI 

Kebanyakkan pengguna musykil dengan ketiadaan Google Mobile Services pada telefon pintar HUAWEI, namun ini tidak bermaksud anda tidak boleh menggunakan aplikasi berkaitan Google seperti Google Maps, Google Meet, Google Drive dan Youtube.

Dalam pada itu, versi terbaru aplikasi Lighthouse yang kini tersedia secara rasmi di HUAWEI AppGallery kini membolehkan anda log masuk ke beberapa akaun Google serentak pada satu telefon pintar.

Berikut adalah cara untuk log masuk ke beberapa akaun Google pada telefon pintar HUAWEI anda ;

Pergi ke Settings > Apps & services > Apps > Search Lighthouse > tekan butang ⚙️ pada bahagian kanan > tekan Account > masukkan e-mel dan kata laluan akaun Google anda > selesai.


Aplikasi Google kini boleh digunakan dengan selamat pada HUAWEI Mate 50 series, nova series, Matepad series dan banyak lagi 20

Aplikasi Google kini boleh digunakan dengan selamat pada HUAWEI Mate 50 series, nova series, Matepad series dan banyak lagi 21

Selepas itu, anda boleh lihat akaun Google yang baru  pada  semua aplikasi Google anda. 

 

Selain versi aplikasi Lighthouse yang terbaru, ianya turut menyokong beberapa aplikasi baharu seperti pada gambar dibawah : 

Aplikasi Google kini boleh digunakan dengan selamat pada HUAWEI Mate 50 series, nova series, Matepad series dan banyak lagi 22

Peranti HUAWEI yang menyokong penggunaan aplikasi Google 

Berikut adalah senarai terkini peranti HUAWEI yang menyokong aplikasi Google :

  • HUAWEI Mate50
  • HUAWEI Mate50Pro
  • HUAWEI Mate Xs2
  • HUAWEI nova10
  • HUAWEI  nova10Pro
  • HUAWEI nova10SE
  • HUAWEI nova Y90
  • HUAWEI nova Y70
  • HUAWEI nova 9
  • HUAWEI nova 9SE
  • HUAWEI nova 8i
  • HUAWEI P50
  • HUAWEI P50 Pro
  • HUAWEI P50 Pocket
  • HUAWEI MatePad SE
  • HUAWEI MatePad Pro 11
  • HUAWEI  Matepad 10.4(BAH4-W09, BAH4-L09)
  • HUAWEI Matepad Pro 12.6(WGRR-W09)

Privasi Terjamin! 

HUAWEI AppGallery juga memberikan jaminan perlindungan maklumat sulit pengguna dengan melakukan imbasan keselamatan selepas sesuatu aplikasi dimuat naik pada peranti HUAWEI 

Berikut adalah cara melakukan imbasan keselamatan :

Pergi ke AppGallery > Saya > Pemeriksaan Keselamatan > Imbas

Aplikasi Google kini boleh digunakan dengan selamat pada HUAWEI Mate 50 series, nova series, Matepad series dan banyak lagi 23

Ciri Semakan Keselamatan ini juga termasuk pengesanan virus, penipuan, perlindungan privasi, semakan spam dan petua keselamatan yang boleh dilakukan dengan satu langkah mudah.

Selain itu, AppGallery juga akan menghantar amaran jika terdapat sebarang aplikasi meragukan pada telefon pintar atau tablet HUAWEI anda.

Secara keseluruhanya, HUAWEI sentiasa menjadi peneraju industri didalam penawaran teknologi terbaik namun aspek keselamatan sentiasa menjadi keutamaan didalam apa sahaja keadaan.

Jadi anda tidak perlu risau tentang sebarang masalah keselamatan ketika menggunakan HUAWEI AppGallery dan aplikasi Google pada telefon pintar HUAWEI anda.

Aplikasi Google kini boleh digunakan dengan selamat pada HUAWEI Mate 50 series, nova series, Matepad series dan banyak lagi 24

Untuk tawaran menarik bagi pembelian telefon pintar dan tablet HUAWEI sila ke laman sesawang rasmi HUAWEI, HUAWEI Experience Stores, stor rasmi HUAWEI di Shopee dan stor flagship HUAWEI di Lazada



Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.