Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi 13 Pro kini rasmi dengan sensor 1-inci dan cip Snapdragon 8 Gen 2 – harga mencecah RM 3,200

Xiaomi secara rasminya telah melancarkan telefon pintar flagship 2023 mereka iaitu Xiaomi 13 Series yang terdiri daripada dua model iaitu Xiaomi 13 dan Xiaomi 13 Pro.

Xiaomi 13 dan Xiaomi 13 Pro dijana dengan cip Snapdragon 8 Gen 2 daripada TSMC, sistem kamera yang lebih berkuasa dan reka bentuk yang berlainan.

Xiaomi 13 Pro

Xiaomi 13 Pro tampil dengan skrin paparan 2K (WQHD+) berukuran 6.73-inci yang menggunapakai panel LTPO 2.0 dengan kadar segar semula AdaptiveSync Pro 120Hz dan dilapisi gelas Corning Gorilla Victus.

Skrin paparan ini juga mempunyai kadar kecerahan maksima 1,900nits, 1920Hz DC Dimming, sokonga HDR10+ dan Dolby Vision.

Pada bahagian kamera, Xiaomi 13 Pro memiliki tiga sensor iaitu sensor utama 1.0-inci 50MP Sony IMX989 yang digunakan pada Xiaomi 12S Ultra sebelum ini dan ianya mempunyai aperture f/1.6 dan Hyper OIS. Kamera Xiaomi 13 Pro juga mendapat lensa dan pengimejan LEICA.

Dua sensor lain adalah sensor telefoto 50MP dan sensor ultrawide 50MP dengan 115⁰ FOV. Semua sensor ini juga menyokong mod malam dan rakaman video 4K 60fps.

Bateri yang dimiliki Xiaomi 12 Pro adalah 4,600mAh dengan pengecasan pantas 120W dan terdapat juga sokongan pengecasan tanpa wayar 50W. Xiaomi juga menyertakan cip Surge G1 untuk menguruskan tenaga pengecasan.

Selain itu, Xiaomi 13 Pro juga memiliki pembesar suara stereo Dolby Atmos, IR Blaster dan pensijilan kalis air dan habuk IP68.

Xiaomi 13 Pro ditawarkan didalam 4 warna iaitu White, Black dan Green yang mempunyai kemasan seramik dan Blue yang mempunyai kemasan kulit.

Xiaomi 13 Pro ditawarkan didalam empat konfigurasi RAM LPDDR5 dan storan UFS 4.0 iaitu 8GB/128GB, 8GB/256GB, 12/256GB dan 12/512GB pada harga yang bermula dari CNY 4,999 (RM 3,171) sehingga CNY 6,299 (RM 3,999)

Penawaran global Xiaomi 13 Series mungkin akan diumumkan didalam masa terdekat.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.