Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

iQOO 11 Pro 5G turut dilancarkan dengan kamera lebih berkuasa – tiada di pasaran Malaysia

 

iQOO 11 Pro 5G turut dilancarkan dengan kamera lebih berkuasa - tiada di pasaran Malaysia 7

iQOO 11 5G telah dilancarkan di Malaysia namun terdapat satu lagi model iQOO yang dilancarkan untuk pasaran China iaitu iQOO 11 Pro 5G.

iQOO 11 Pro 5G juga menjadi antara telefon pintar pertama dipasaran untuk dijana dengan cip flagship terbaru Qualcomm iaitu Snapdragon 8 Gen 2.

Terus ke spesifikasi, iQOO 11 Pro 5G dilengkapi skrin paparan E6 AMOLED berukuran 6.78-inci dengan resolusi 2K+ (1440 x 3200 piksel) dan ianya turut mempunyai kadar segar semula 144Hz. Panel ini menyokong 1 bilion warna dan HDR10+ dan terdapat cip V2 untuk prestasi gaming yang lebih baik.

Selain cip Snapdragon 8 Gen 2, ditawaekan didalam tiga pilihan RAM iaitu 8GB,12GB atau 16GB , storan dalaman UFS 4.0. berkapasiti 128GB atau 256GB dan cip pengimejan V2.

iQOO 11 Pro 5G turut dilancarkan dengan kamera lebih berkuasa - tiada di pasaran Malaysia 8

Bercakap mengenai kamera, iQOO 11 Pro 5G  dilengkapi dengan sensor utama Sony IMX866 50MP, sensor ultrawide 150° 50MP, sensor potrait 13MP dengan 3x zoom optik . Kamera selfie telefon pintar ini adalah 16MP.

Dalam pada itu, iQOO 11 5G Pro juga memiliki bateri berkapasiti 4,700 dengan sokongan pengecasan pantas 200W FlashCharge dan pengecasan tanpa wayar 50W.

iQOO 11 Pro 5G turut dilancarkan dengan kamera lebih berkuasa - tiada di pasaran Malaysia 9

iQOO 11 Pro 5G tidak ditawarkan di pasaran Malaysia buat masa ini namun ianya mungkin akan dibawa masuk jika permintaan yang kukuh terhadap iQOO 11 5G.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.