Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Jabra Evolve2 Buds kini rasmi di Malaysia pada harga RM 1,640 – dengan dongle USB untuk diguna pada komputer

Jabra Evolve2 Buds kini rasmi di Malaysia pada harga RM 1,640 - dengan dongle USB untuk diguna pada komputer 11Jabra secara rasminya telah memperkenalkan TWS terbaru syarikat ini iaitu Jabra Evolve2 Buds untuk pasaran Malaysia.

Jabra Evolve2 Buds adalah TWS  terbaik yang direka untuk meningkatkan tumpuan dan menambah baik kerjasama untuk para profesional yang bekerja semasa dalam perjalanan. 

Jabra Evolve2 Buds kini rasmi di Malaysia pada harga RM 1,640 - dengan dongle USB untuk diguna pada komputer 12

Evolve2 Buds turut mempunyai pengedahan rasmi untuk kegunaan pada platform mesyuarat maya terkemuka seperti Microsoft Teams dan Zoom, dan ianya menggunakan teknologi terkini untuk mengurangkan bunyi latar belakang yang mengganggu dan membolehkan panggilan yang lebih jelas.

Selain itu, Jabra Evolve2 Buds didatangkan dengan teknologi Adjustable Active Noise Cancellation (ANC) yang boleh digunakan oleh profesional yang bekerja secara hibrid untuk memperibadikan ANC kepada pilihan pendengaran mereka, menyekat sebarang bunyi luaran dan meminimumkan gangguan.

Jabra Evolve2 Buds kini rasmi di Malaysia pada harga RM 1,640 - dengan dongle USB untuk diguna pada komputer 13

Seterusnya, Jabra Evolve2 Buds juga didatangkan dengan ciri ujian pengedap yang dipanggil MyFit, serta SafeTone with PeakStop, yang memastikan perlindungan pendengaran yang dipertingkatkan dan pengedap yang paling optimum untuk pengalaman ANC peribadi yang terbaik. 

Dengan kebanyakan daripada kita kini sudah terbiasa dengan faktor bentuk fon telinga wayarles sebenar, Jabra membangunkan Evolve2 Buds untuk membolehkan pengguna mempunyai perbualan berkualiti tinggi dengan Jabra MultiSensor Voice dengan menggunakan gabungan unik empat mikrofon.

 

Jabra Evolve2 Buds kini rasmi di Malaysia pada harga RM 1,640 - dengan dongle USB untuk diguna pada komputer 14

Jabra Evolve2 Buds menampilkan rangkaian wayarles yang jauh dengan menggunakan dongle dalam kotak yang unik yang boleh dimasukkan ke PC dan ianya menyokonh  jarak tanpawayar sehingga 20 meter/65 kaki.

Jabra Evolve2 Buds menawarkan waktu penggunaan sehingga 5 jam (earbud sahaja) atau sehingga 33 jam jika digunakan bersama bekas pengecasan.

Jabra Evolve2 Buds kini rasmi di Malaysia pada harga RM 1,640 - dengan dongle USB untuk diguna pada komputer 15

Berikut adalah ciri-ciri utama Evolve2 Buds:

  • Diperakui untuk Microsoft Teams dan platform UC terkemuka – untuk pengalaman kerjasama yang dipertingkatkan
  • Teknologi MultiSensor Voice – memastikan prestasi panggilan profesional dengan menggunakan mikrofon berbilang dan algoritma Jabra untuk menyekat hingar
  • Penyesuai USB plug-and-play untuk sambungan yang dipertingkatkan – Jarak 20 meter/65 kaki memberikan pengguna kebebasan untuk bergerak di sekitar persekitaran kerja mereka
  • Sambungan Multipoint termaju – sambungan kepada dua peranti secara serentak
  • Pembatalan Bunyi Aktif Boleh Laras – menapis hingar latar belakang bagi meningkatkan tumpuan
  • Penggunaan HearThrough dan satu fon telinga – membolehkan pengguna mendengar bunyi sekeliling melalui fon telinga ketika memakainya
  • Meningkatkan hayat bateri – dengan kuasa bateri selama 33 jam, termasuk bekas pengecasan dan pengecasan tanpa wayar
  • Reka bentuk ultra tersembunyi – untuk keselesaan muktamad dan penampilan profesional 

Jabra Evolve2 Buds kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 1,640 untuk USB-C UC atau RM 1,860 untuk USB-C UC dengan Pad Pengecasan Tanpa Wayar.

Ketahui lebih lanjut tentang Jabra Evolve2 Buds dengan melayari www.jabra.com/evolve2-buds.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.