Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme 10 Pro 5G akan dilancarkan di Malaysia pada 8 Disember ini

realme 10 Pro 5G akan dilancarkan di Malaysia pada 8 Disember ini 3

realme Malaysia sebelum ini telah mengesahkan bahawa realme 10 Pro+ 5G akan dilancarkan di Malaysia pada 8 Disember dan pengesahan terbaru dari pihak realme adalah realme 10 Pro 5G juga akan dilancarkan.

Berdasarkan maklumat rasmi yang didedahkan oleh realme Malaysia, telefon pintar ini akan hadir dengan skrin paparan Boundless Display 120Hz, sensor utama 108MP, 8GB RAM + 8GB DRE dan storan dalaman 256GB.

Selain itu, realme 10 Pro 5G juga akan hadir ke pasaran dengan bezel sisi skrin paling nipis berbanding mana-mana model telefon pintar lain yang termasuk telefon pintar kategori kelas flagship.

Maklumat harga dan promosi jualan akan didedahkan pada 8 Disember ini.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.