HUAWEI Watch D dengan ciri bacaan tekanan darah akan dilancarkan di Malaysia
HUAWEI Watch D yang merupakan jam pintar pertama syarikat ini untuk menawarkan sokongan bacaan tekanan darah akan dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi.
HUAWEI Watch D tampil dengan reka bentuk segiempat dan ianya juga dilengkapi dengan pensijilan kalis air dan habuk IP68.
Selain kebolehan membaca tekanan darah, HUAWEI Watch D juga boleh merekod bacaan ECG, kadar degupan jantung dan lebih dari 70 aktiviti kecergasan.
Bercakap mengenai bateri, HUAWEI Watch D dilihat mampu menawarkan sehingga 7 hari jangka hayat bateri.