Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Stor rasmi PICO VR di Malaysia akan dibuka pada 10 Disember ini

Stor rasmi PICO VR di Malaysia akan dibuka pada 10 Disember ini 3

PICO secara rasminya telah membuka stor pertama PICO di Malaysia yang juga merupakan stor PICO pertama di Asia Tenggara.

Stor flagship PICO ini akan beroperasi di Sunway Pyramid bermula 10 Disember ini dan ianya juga berfungsi sebagai pusat servis rasmi PICO Malaysia.

Untuk meraikan pembukaan kedai utama pertama PICO di Malaysia, PICO turut menawarkan  promosi istimewa  untuk pembelian set kepala VR – pelanggan pertama hingga ke-10 yang membeli satu (1) unit PICO 4 akan menerima satu (1) unit PICO Neo 3 Link (256GB) secara PERCUMA manakala pelanggan ke-11 hingga ke-30 yang membeli satu (1) unit PICO 4* boleh membeli unit kedua PICO 4 pada separuh harga iaitu hanya RM849.50 untuk varian 128GB dan RM999.50 untuk varian 256GB.

Selain itu, setiap pembelian PICO 4 dan PICO Neo 3 Link juga disertakan dengan PICO Christmas Pack 4-game bundle, PICO Starter Pack 4-game bundle, serta tiga aksesori percuma yang terdiri daripada PICO 4 Casing (bernilai RM99.00), Lens Protector (bernilai RM19.90) dan Sarung Silikon Kalis Peluh (bernilai RM49.90).

Jangan lupa ke stor rasmi PICO di Sunway Pyramid (berhampiran TGI Friday) pada 10 Disember ini untuk menikmati tawaran pembelian menarik yang ditawarkan.

Baca ULASAN : PICO 4 – Set Kepala VR yang berpotensi untuk mengubah landskap dunia realiti maya

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.