Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

iQOO 11 5G telah dikesan di SIRIM – telefon pintar pertama di Malaysia dengan cip Snapdragon 8 Gen 2

Selang sehari selepas iQOO Malaysia mengesahkan iQOO 11 5G akan dilancarkan di Malaysia, telefon pintar ini kini telah dikesan di SIRIM.

iQOO 11 5G dikatakan akan hadir dengan sensor imej V2 yang akan menawarkan kualiti imej yang lebih baik dan iQOO juga telah mengesahkan bahawa iQOO 11 di China akan dijana dengan cip Snapdragon 8 Gen 2.

Seperti di China, iQOO 11 5G yang akan ditawarkan di Malaysia akan turut hadir dengan cip Snapdragon 8 Gen 2 yang menjadikanya sebagai antara telefon pintar pertama di Malaysia untuk dijana cipset terbaru daripada Qualcomm ini.

Walaupun masih belum ada sebarang maklumat pelancaran diumumkan, iQOO Malaysia dijangka akan melancarkan iQOO 11 didalam masa terdekat yang mungkin berlangsung sejurus selepas pelancaran di China.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.