Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme C30s kini rasmi di Malaysia pada harga RM 399 sahaja

realme secara rasminya telah memperkenalkan satu lagi telefon pintar kelas entry level mereka iaitu realme C30s untuk pasaran Malaysia.

realme C30s tampil dengan skrin paparan HD+ berukuran 6.5-inci dengan kecerahan maksima 400nits dan nisbah skrin kepada rangka 88.7%.

Selain itu, realme C30s dikuasakan dengan cip Unisoc SC9863A bersama 3GB atau 4GB RAM dan storan dalaman 32GB atau 64GB serta sokongan kad microSD.

Beralih ke kamera, realme C30s mempunyai satu sensor kamera sahaja dibelakang iaitu 8MP bersama flash LED dan terdapat kamera selfie 5MP.

Selain itu, realme C30 juga mempunyai bateri 5,000mAh dengan slot micro USB yang menyokong pengecasan 10W, UI realme Go Edition berasaskan Android 12, sensor capjari pada butang kuasa dan tidak ketinggalan bicu audio 3.5mm walaupun telefon ini mempunyai ketebalan hanya 8.5mm.

realme C30s akan ditawarkan mulai 25 November ini didalam dua warna iaitu Stripe Blue dan Stripe Black pada harga RM 399 bagi versi 3/32GB dan RM 499 bagi versi 4/64GB.

Selain itu, realme juga akan menawarkan promosi istimewa pada harga istimewa RM 367 dan RM 459 pada 25 hingga 27 November ini di stor rasmi realme di Shopee dan Lazada serta di realme Authorised Stores.

 

 

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.