Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Apple labur $450 juta pada syarikat Globastar untuk lancar perkhidmatan Emergency SOS menggunakan satelite

Apple telah melakukan pelaburan sebanyak $450 juta didalam syarikat Globalstar, penyedia perkhidmatan satelit yang berpangkalan di Amerika Syarikat.

Pelaburan ini telah membolehkan Apple melancarkan ciri Emergency SOS melalui Satelit, yang akan mula ditawarkan kepada pengguna Apple iPhone 14 Series hujung bulan ini di Amerika Syarikat dan Kanada pada permulaan.

Selain itu, pelaburan ini telah diperoleh melalui Dana Pengilangan Apple dan akan digunakan untuk meningkatkan kebolehan rangkaian satelit dan stesen bumi Globalstar.

Stesen bumi Globalstar ini dilengkapi dengan antena berkuasa tinggi yang dibuat oleh Cobham Satcom di California, manakala kira-kira 300 pekerja di Globalstar akan menyokong perkhidmatan terbaru Apple ini.

Seperti diumumkan pada pelancaran Apple iPhone 14 Series ini, ciri Emergency SOS ini akan ditawarkan secara percuma untuk 2 tahun pertama dengan yuran langganan selepas tempoh itu namun kadar tersebut masih belum diumumkan.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.