Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Infinix HOT 20 dan HOT 20i kini rasmi di Malaysia pada harga dari RM 499 sahaja

Infinix secara rasminya telah melancarkan telefon pintar Infinix HOT 20 dan Infinix HOT 20i di pasaran Malaysia pada harga yang berpatutan.

Terus ke spesifikasi, Infinix HOT 20 akan hadir dengan skrin paparan Punch Hole Fluid berukuran 6.82-inci dengan resolusi HD+ dan kadar segar semula 90Hz.

Selain itu, Infinix HOT 20 akan dijana dengan cip Helio G85 ( versi upgrade), 6GB + 5GB RAM, storan dalaman 128GB, antaramuka XOS 12.0 dan bateri 5,000mAh dengan teknologi pengecasan pantas 18W.

Beralih kepada kamera, Infinix HOT 20 akan tampil dengan sensor utama 50MP + sensor AI dan kamera selfie 8MP.

Infinix HOT 20 akan ditawarkan didalam 4 pilihan warna iaitu Sonic Black, Legend White, Tempo Blue dan Fantasy Purple pada harga RM 599.

Bercakap mengenai Infinix HOT 20i pula, ianya akan hadir dengan skrin paparan 6.6-inci dengan resolusi HD+ dan kecerahan 500 nits.

Peranti ini dijana dengan cip MediaTek Helio G25, 3GB + 4GB RAM, storan dalaman 64GB atau 128GB dan bateri 5,000mAh.

Dalam pada itu, Infinix HOT 20i akan tampil dengan tetapan tri-kamera 13MP dan sensor selfie 8MP.

 Infinix HOT 20i akan ditawarkan didalam 4 warna Wilderness Black, Luna Blue, Energy Green dan Sunset Gold pada harga RM 499.

Jualan offline bagi Infinix HOT 20 dan HOT 20i akan bermula dari 4 November ini manakala jualan di stor  rasmi Infinix Malaysia di Shopee akan bermula pada 11 November.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.