Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HUAWEI MatePad SE 10.4 kini rasmi di Malaysia pada harga RM 999

Bersama-sama pelancaran HUAWEI Mate 50 Series dan HUAWEI nova 10 Series di Malaysia, HUAWEI juga telah membawa masuk tablet mampu milik HUAWEI MatePad SE 10.4 untuk pasaran tempatan.

HUAWEI MatePad SE 10.4 akan hadir dengan skrin paparan IPS LCD 2K Eye Comfort HUAWEI FullView  berukuran 10.4-inci dan dijana cip Snadragon 680 bersama 4GB RAM dan storan dalaman 128GB.

Selain itu, tablet ini juga akan tampil kamera utama 5MP, kamera hadapan 2MP dan bateri 5,100mAh namun tanpa sebarang sokongan pengecasan pantas.

Selain itu, tablet ini dijangka akan beroperasi pada HarmonyOS 3 yang berasaskan Android 12, pembesar suara stereo dengan Histen Sound 8.0, ciri SuperDevice dan Kids Corner.

HUAWEI MatePad SE 10.4 (WiFi) akan ditawarkan didalam warna Graphite Black pada harga RM 999 dengan setiap pembelian akan turut menerima Folio Cover dan ganjaran HMS.

Selain itu, HUAWEI juga telah mengumumkan HUAWEI MatePad SE 10.4 (4/64GB) versi LTE akan ditawarkan di Malaysia pada bulan Disember pada harga RM 999.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.