Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Google dikenakan denda $113 juta di India kerana amalan anti-persaingan

Google dikenakan denda $113 juta di India kerana amalan anti-persaingan 1

Google dikenakan denda $113 juta di India kerana amalan anti-persaingan 2

Google telah dikenakan denda sebanyak $113 juta di India kerana di India untuk amalan anti-persaingan.

Suruhanjaya Persaingan India (CCI) mendawa Google menggunakan kedudukan dominannya yang tidak membenarkan pembangun aplikasi menggunakan sistem pembayaran pihak ketiga.

Jurucakap Google berkata syarikat ini sedang menilai keputusan CCI ini dan sedang memperhalusi langkah seterusnya samada mahu mengemukakan rayuan di Tribunal India.

Google juga telah diberikan mandat untuk melakukan penyesuaian operasi didalam masa tiga bulan yang termasuk membenarkan penggunaan sistem pembayaran pihak ketiga bagi pembelian aplikasi atau pembelian dalam aplikasi.

Selain itu, siasatan ke atas Google telah bermula sejak 2020 dan keputusan ini akan membantu persaingan yang lebih sihat dan mengurangkan kos kepada pembangun aplikasi.

Dalam pada itu, ini merupakan denda kedua bagi Google di India selepas dikenakan denda $162 juta bagi amalan anti-persaingan seperti tidak membenarkan memadam aplikasi Gmail dan Maps dari peranti.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.