Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Nokia X30 5G kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 2,099

HMD Global telah mengumumkan Nokia X30 5G kini telah mula ditawarkan di Malaysia pada harga RM 2,099

Nokia X30 5G adalah telefon pintar yang memiliki rangka aluminium 100% kitar semula manakala panel belakang plastik yang dimilikinya adalah 65% diperbuat daripada bahan kitar semula yang menjadikanya telefon pintar paling mesra alam dan ini juga bermaksud tiada adapter pengecasan didalam kotak.

Nokia X30 5G memiliki skrin paparan AMOLED berukuran 6.43-inci dengan resolusi FHD+ dan kadar segar semula 90Hz. Panel ini juga dilapisi gelas keselamatan Corning Gorilla Glass Victus dan ianya mempunyai kecerahan maksima 900nits.

Cip Snapdragon 695 ini adalah diperbuat daripada proses 6nm yang sangat cekap tenaga dan ianya ditawarkan didalam konfigurasi RAM dan storan dalaman UFS 2.2 iaitu didalam varian 8GB/256GB sahaja untuk pasaran Malaysia.

Beralih ke bahagian kamera, Nokia X30 5G menampilkan penggunaan sensor utama 50MP yang mempunyai OIS, sensor ultrawide 13MP yang dilapisi gelas Corning Gorilla Glass DX+. Kamera selfie adalah 16MP.

Nokia X30 5G juga memiliki bateri berkapasiti 4,400mAh dengan pengecasan pantas 33W dan mampu kekal pada kapasiti penuh sehingga 800 kitaran pengecasan.

Nokia X30 5G akan hadir dengan Android 12, sensor capjari dalam skrin, IR Blaster, NFC dan kalis air IP67.

Nokia X30 5G akan ditawarkan didalam warna  Cloudy Blue pada harga RM 2,099 dan ianya kini dibuka untuk pratempahan di Shopee dan Lazada dari 24 hingga 31 Oktober

Bagi pratempahan yang dibuat, pengguna juga akan membawa pulang seunit sarung telefon lut sinar Nokia dan peranti earbuds bernilai RM250 secara PERCUMA. Penghantaran akan dibuat dalam tempoh 2 minggu pertama bulan November.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.