Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Infinix HOT 20 dan HOT 20i akan dilancarkan di Malaysia pada 3 November ini

Infinix HOT 20 dan HOT 20i akan dilancarkan di Malaysia pada 3 November ini 1

Infinix HOT 20 dan HOT 20i akan dilancarkan di Malaysia pada 3 November ini 2

Selepas pelancaran Infinix Note 12 2023 di Malaysia baru-baru ini, Infinix telah mengesahkan telefon pintar HOT 20 Series akan ditawarkan untuk pengguna tempatan pada 3 November ini.

Model yang akan dilancarkan adalah Infinix HOT 20 yang dilihat juga memfokuskan kepada penawaran gaming yang terbaik bersama-sama Infinix HOT 20i.

Terus ke spesifikasi, Infinix HOT 20 akan hadir dengan skrin paparan Punch Hole Fluid berukuran 6.82-inci dengan resolusi HD+ dan kadar segar semula 90Hz.

Infinix HOT 20 dan HOT 20i akan dilancarkan di Malaysia pada 3 November ini 3

Selain itu, Infinix HOT 20 akan dijana dengan cip Helio G85 ( versi upgrade), 6GB + 5GB RAM, storan dalaman 128GB dan bateri 5,000mAh dengan teknologi pengecasan pantas 18W.

Beralih kepada kamera, Infinix HOT 20 akan tampil dengan sensor utama 50MP + sensor AI dan kamera selfie 8MP.

Bercakap mengenai Infinix HOT 20i pula, ianya akan hadir dengan skrin paparan 6.6-inci dengan resolusi HD+ dan kecerahan 500 nits.

Peranti ini dijana dengan cip MediaTek Helio G25, 3GB + 4GB RAM, storan dalaman 64GB atau 128GB dan bateri 5,000mAh.

Dalam pada itu, Infinix HOT 20i akan tampil dengan tetapan tri-kamera 13MP dan sensor selfie 8MP.

Infinix HOT 20 dan Infinix HOT 20i akan ditawarkan di Malaysia mulai 3 November ini pada harga yang berpatutan.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.