Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Sertai Cabaran TikTok WIKO 10 dan menangi wang tunai bernilai RM 1000

Jenama telefon pintar Perancis, WIKO baru-baru ini melancarkan telefon pintar WIKO 10 pada harga RM699 sahaja

Bersempena dengan pelancaran telefon pintar ini, WIKO  telah mengumumkan cabaran TikTok untuk semua pengguna TikTok Malaysia dari 21 Oktober 2022 hingga 30 November 2022 dengan sejumlah sepuluh WIKO 10 untuk dimenangi berserta hadiah wang tunai khas untuk pemenang utama.

Cabaran WIKO 10 TikTok

Cabaran TikTok WIKO 10 akan diadakan dari 21 Oktober 2022 hingga 30 November 2022 untuk semua pengguna TikTok yang tinggal di Malaysia.

Mereka yang menyertai cabaran ini berpeluang memenangi hadiah utama peranti telefon pintar WIKO 10 serta hadiah wang tunai RM1,000, manakala sembilan lagi pemenang akan membawa pulang satu unit WIKO 10 .

Berikut adalah langkah-langkah untuk menyertai Cabaran TikTok WIKO 10 ini: –

1. Ikuti WIKO Malaysia (WikoMalaysiacool) di TikTok dan bolehkan hantaran Direct Message

2. Rakam video yang mengandungi sebarang produk WIKO (WIKO T10, WIKO T50, WIKO 10) atau logo Jenama WIKO dan pegang pose tangan “W” dalam video.

3. Muat naik video ke TikTok dengan hashtag #WikoMYwecool dan pastikan profil TikTok anda ditetapkan kepada umum.

4. Kongsi video anda kepada keluarga dan rakan untuk mendapatkan tontonan pada video anda.

Sepuluh penyertaan teratas dengan jumlah tontonan tertinggi akan dipilih sebagai pemenang dan menerima hadiah menarik yang disediakan WIKO.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang cabaran serta terma dan syarat yang lengkap sila lihat di SINI

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.