Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Wiko Buds 10 akan dilancarkan di Malaysia pada 18 November ini

WIKO telah memperkenalkan beberapa model telefon pintar yang berpatutan di Malaysia dan syarikat ini kini telah mengumumkan pelancaran TWS Wiko Buds 10 pada 18 November ini.

Wiko Buds 10 sebuah TWS yang mempunyai reka bentuk yang premium dengan pensijilan IPX4 dan berat sekitar 4.2 gram setiap earbuds.

Selain itu, Wiko Buds 10 tampil dengan  pemacu dinamik bio-diafragma 12mm dengan angker aluminium bersalut kuprum untuk kualiti audio terbaik dan ianya juga menawarkan jangka hayat bateri sehingga 30 jam.

Wiko Buds 10 juga mempunyai sambungan Bluetooth 5.2, mod low latency 113ms, pembatalan bunyi dual-mic untuk panggilan dan pembatalan bunyi ENC.

Buat masa Wiko masih belum mengumumkan harga jualan Wiko Buds 10 di Malaysia.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.