Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy A04s kini rasmi di Malaysia pada harga RM 699 sahaja

Samsung secara rasminya telah mengesahkan penawaran satu lagi telefon pintar Galaxy A Series di Malaysia iaitu Samsung Galaxy A04s.

Samsung Galaxy A04s tampil dengan skrin paparan Infinity-V PLS LCD berukuran 6.5-inci dengan resolusi HD+ dan turut menyokong kadar segar semula 90Hz.

Selain itu, Samsung Galaxy A04s ini dikuasakan dengan cip octa-core Exynos 850, 4GB RAM dan storan dalaman 64GB.

Beralih kepada kamera, Galaxy A04s memiliki sensor utama 50MP, sensor depth 2MP dan sensor makro 2MP. kamera selfie adalah 5MP

Dalam pada itu, telefon pintar ini juga memiliki bateri 5,000mAh dengan sokongan pengecasan pantas 15W, sokongan kad microSD sehingga 1TB dan sensor capjari pada butang kuasa.

Samsung Galaxy A04s kini ditawarkan didalam tiga warna iaitu Copper, Green, Black pada harga RM 699.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.