Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

TWS Wiko Buds 10 kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 129 sahaja

TWS Wiko Buds 10 kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 129 sahaja 7

WIKO secara rasminya telah melancarkan TWS Wiko Buds 10 untuk pasaran Malaysia pada harga RM 129 sahaja.

Wiko Buds 10 sebuah TWS yang mempunyai reka bentuk yang premium dengan pensijilan IPX4 dan berat sekitar 4.2 gram setiap earbuds.

TWS Wiko Buds 10 kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 129 sahaja 8

Selain itu, Wiko Buds 10 tampil dengan  pemacu dinamik bio-diafragma 12mm dengan angker aluminium bersalut kuprum untuk kualiti audio terbaik dan ianya juga menawarkan jangka hayat bateri sehingga 30 jam.

TWS Wiko Buds 10 kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 129 sahaja 9

Wiko Buds 10 juga mempunyai sambungan Bluetooth 5.2, mod low latency 113ms, pembatalan bunyi dual-mic untuk panggilan dan pembatalan bunyi ENC.

Wiko Buds boleh dibeli melalui semua wakil pengedar sah rasmi Wiko di Malaysia

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.