Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

RedMagic 7S Pro dengan Snapdragon 8+ Gen 1 kini rasmi di Malaysia – harga dari RM 3,999

RedMagic 7S Pro dengan Snapdragon 8+ Gen 1 kini rasmi di Malaysia - harga dari RM 3,999 1

RedMagic 7S Pro dengan Snapdragon 8+ Gen 1 kini rasmi di Malaysia - harga dari RM 3,999 2Jenama telefon pintar gaming RedMagic kini secara rasminya telah memasuki pasaran Malaysia dan model pertama yang akan ditawarkan oleh syarikat ini untuk peminat tempatan adalah RedMagic 7S Pro.

RedMagic 7S Pro dengan Snapdragon 8+ Gen 1 kini rasmi di Malaysia - harga dari RM 3,999 3

RedMagic 7S Pro adalah sebuah telefon pintar gaming yang memiliki skrin paparan AMOLED FHD+ berukuran 6.8-inci dengan kadar segar semula 120Hz dan dilapisi gelas keselamatan Corning Gorilla Glass 5.

RedMagic 7S Pro dijana oleh cip Snapdragon 8+ Gen 1 yang dipadankan bersama 18GB RAM jenis LPDDR5 dan storan dalaman sehingga 512GB jenis UFS 3.1. telefon pintar ini juga mempunyai sistem penyejukan Multi-Dimensional ICE 10.0 yang turut mempunyai kipas penyejuk terbina yang berputar pada kelajuan 20,000rpm.

RedMagic 7S Pro dengan Snapdragon 8+ Gen 1 kini rasmi di Malaysia - harga dari RM 3,999 4

Untuk gaming yang lebih memuaskan, RedMagic 7S Pro juga memiliki butang shoulder trigger dan lampu RGB dibahagian belakang.

Selain itu, RedMagic 7S Pro juga memiliki kamera utama 64MP, sensor ultrawide 8MP dan sensor makro 2MP. Kamera selfie adalah 16MP.

Beralih kepada bateri, RedMagic 7S Pro memiliki bateri berkapasiti 5,000mAh dengan pengecasan pantas 65W.

RedMagic 7S Pro dengan Snapdragon 8+ Gen 1 kini rasmi di Malaysia - harga dari RM 3,999 5

RedMagic 7S Pro akan ditawarkan didalam tiga warna iaitu Supernova, Mercury dan Obisidian pada harga RM 3,999 bagi versi 12/256GB dan RM 4,999 bagi versi 18/512GB.

Jualan RedMagic 7S Pro akan bermula pada 29 Oktober ini dan pembelian terawal akan turut menerima satu unit jam kecergasan heyplus 1S Band dan satu tahun jaminan tambahan.

 

 

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.