Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy Z Flip4 kini dengan diskaun RM 400 dan percuma Galaxy Watch4 – istimewa Deepavali

Musim perayaan adalah waktu terbaik untuk anda mendapatkan tawaran istimewa bagi pembelian telefon pintar dan Samsung Malaysia kini menawarkan sesuatu yang mungkin menarik minat anda.

Samsung telah mengumumkan promosi Deepavali yang membolehkan anda mendapatkan Samsung Galaxy Z Flip4 dan Galaxy Z Flip4 Bespoke Edition dengan rebat serta merta bernilai RM 400 mulai hari ini sehingga 15 November 2022.

Ini bermaksud anda boleh mendapatkan Samsung Galaxy Z Flip4 256GB pada harga RM 3,999, Galaxy Z Flip4 (512GB) pada harga RM 4,499 dan Galaxy Z Flip4 Bespoke Edition (256GB) pada harga RM 4,099 sahaja.

Selain rebat bernilai RM 400, Samsung juga akan menyertakan satu unit jam pintar Samsung Galaxy Watch4 Bluetooth 40mm bernilai RM 799 secara percuma, satu tahun jaminan tambahan Samsung Care+ dan 3 kali gantian filem perlindungan yang bernilai RM 1,298.

Baca : ULASAN : Samsung Galaxy Z Flip4 – telefon pintar flip yang lebih sempurna

Maklumat lanjut di : https://www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-z-flip4/buy/

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.