Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

OnePlus 11 Series tidak akan mempunyai model Pro

OnePlus dilaporkan telah memutuskan untuk mengugurkan model Pro dari siri telefon pintar flagship mereka bermula dari OnePlus 11.

Ini bermaksud OnePlus 11 akan menjadi telefon pintar mercu syarikat ini dan OnePlus dilihat hanya akan memperkenalkan dua model flagship pada awal tahun dan model susulan “T” pada pertengahan kedua.

Walaupun kebanyakkan pengeluar lebih gemar menawarkan beberapa model didalam siri flagship, OnePlus dilihat ingin memberikan lebih perhatian kepada satu atau dua model sahaja.

Selain itu, OnLeaks juga telah mendedahkan spesifikasi utama OnePlus 11 dan ianya akan tampil dengan skrin paparan QHD AMOLED 120Hz berukuran 6.7-inci, cip Snapdragon 8 Gen 2, bateri 5,000mAh bersama pengecasan 100W dan sistem kamera Hasselblad 50MP + 48MP + 32MP.

OnePlus 11 Series dijangka akan dilancarkan pada suku pertama 2023.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.