Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Motorola Moto G72 dengan skrin P-OLED 120Hz dan sensor 108MP kini rasmi – harga sekitar RM 1,183

Motorola Moto G72 dengan skrin P-OLED 120Hz dan sensor 108MP kini rasmi - harga sekitar RM 1,183 1

Motorola Moto G72 dengan skrin P-OLED 120Hz dan sensor 108MP kini rasmi - harga sekitar RM 1,183 2

Motorola secara rasminya telah melancarkan Motorola Moto G72 untuk pasaran Eropah selepas dilancarkan dipasaran India awal bulan ini.

Motorola Moto G72 dengan skrin P-OLED 120Hz dan sensor 108MP kini rasmi - harga sekitar RM 1,183 3

Motorola Moto G72 hadir dengan skrin paparan P-OLED berukuran 6.6-inci dengan resolusi FHD+ dan kadar segar semula 120Hz. Panel 10bit ini juga mempunyai sokongan HDR10+ dan sensor capjari dalam skrin.

Motorola Moto G72 dengan skrin P-OLED 120Hz dan sensor 108MP kini rasmi - harga sekitar RM 1,183 4

Motorola Moto G72 dikuasakan dengan cip 6nm Helio G99 bersama 6 atau 8GB RAM jenis LPDRR4X dan storan dalaman 128GB.

Motorola Moto G72 dengan skrin P-OLED 120Hz dan sensor 108MP kini rasmi - harga sekitar RM 1,183 5

Beralih kepada kamera, Motorola Moto G72 ini memiliki sensor utama 108MP, sensor ultrawide 8MP dan sensor makro 2MP. Telefon pintar ini juga memiliki kamera selfie 16MP.

Selain itu, Moto G72 juga mempunyai bateri berkapasiti 5,000mAh dengan pengecasan 30W namun ianya disertakan dengan adapter 33W didalam kotak.

Motorola Moto G72 juga memiliki pensijilan kalis air IP52, Bluetooth 5.1, NFC dan USB-C 2.0.

Motorola Moto G72 akan ditawarkan didalam tiga warna iaitu Meteorite Grey, Mineral White dan Polar Blue pada harga dari €260 atau sekitar RM 1,183.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.