Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Set kepala VR PICO 4 kini rasmi di Malaysia pada harga promosi dari RM 1,599

Set kepala VR PICO 4 kini rasmi di Malaysia pada harga promosi dari RM 1,599 17

PICO, jenama VR terkemuka  telah mengumumkan pelancaran PICO 4, set kepala VR semua-dalam-satu yang bertujuan menjadikan VR boleh diakses oleh semua orang dengan menggabungkan keselesaan dan prestasi.

Dilengkapi dengan cipset Qualcomm Snapdragon XR2, PICO 4 menampilkan rekaan badan yang sangat ringan, paparan Pancake Optic 4K+ 90Hz dan pengalaman pengguna yang intuitif.

 

Set kepala VR PICO 4 kini rasmi di Malaysia pada harga promosi dari RM 1,599 18

PICO 4 mempunyai berat 295g tanpa tali, menjadikannya set kepala VR paling ringan keluaran PICO dan ianya dicapai dengan melaksanakan kanta yang lebih kecil dan lebih ringan dalam Pancake Optik PICO 4, mengurangkan ketebalan sarung kepada hanya 35.8mm pada bahagian yang paling nipis.

Set kepala VR PICO 4 kini rasmi di Malaysia pada harga promosi dari RM 1,599 19

Selain itu, PICO 4 didatangkan dengan tali boleh laras dan menggunakan fabrik SuperSkin untuk lapisan kusyen, bahan unik yang mempunyai sifat kedap yang berkesan, membolehkan pengguna kekal sejuk dan kering. Kulit PU anti-gelincir di bahagian belakang set kepala juga memberikan keselesaan dan kawalan yang lebih baik.

Seterusnya, PICO 4 dilengkapi dengan bateri besar yang menawarkan permainan sehingga tiga jam dengan keupayaan pengecasan pantas yang terkemuka di industri dan pensijilan low blue light TÜV Rheinland.

Set kepala VR PICO 4 kini rasmi di Malaysia pada harga promosi dari RM 1,599 20

Lebih-lebih lagi, reka bentuk ergonomik set kepala juga menyokong penggunaan pengatur cermin mata yang disertakan di dalam kotak, membolehkan pengguna yang memakai cermin mata untuk menikmati dunia VR mereka tanpa menjejaskan keselesaan atau kejelasan.

Set kepala VR PICO 4 kini rasmi di Malaysia pada harga promosi dari RM 1,599 21

PICO 4 juga menyediakan pengguna perpustakaan yang pelbagai dan inklusif melalui PICO Store, dengan kandungan pelbagai kategori permainan, kecergasan, video dan sosial. kandungan tambahan juga boleh didapati melalui Steam VR.

Set kepala VR PICO 4 kini rasmi di Malaysia pada harga promosi dari RM 1,599 22

PICO 4 akan ditawarkan di Malaysia pada harga RM 1,699 bagi versi 8/128GB dan RM 1,999 bagi versi 8/256GB (percuma 4 permainan VR bagi pembelian pada 12 Oktober hingga 31 Januari 2023).

Set kepala VR PICO 4 kini rasmi di Malaysia pada harga promosi dari RM 1,599 23

 

Selain itu, PICO Malaysia juga mengumumkan promosi pembelian terawal yang membolehkan anda mendapatkan PICO 4 ini pada harga RM 1,599 bagi versi 8/128GB dan RM 1,899 bagi versi 8/256GB bagi pembelian pada 14 Oktober hingga 16 Oktober 2022.

Promosi pembelian awal juga akan menerima 4 permainan video VR, dan bekas simpanan PICO 4.

set kepala PICO 4 VR boleh dipra-tempah di stor rasmi PICO di Shopee, Lazada, TikTok Shop atau secara offline di Thundermatch TMT, Impluse Gaming dan Urban Republic.

PICO Malaysia juga sedang mengadakan roadshow khas di Orange Atrium, Sunway Pyramid yang memberikan anda peluang keemasan untuk mencuba sendiri peranti VR ini.

Set kepala VR PICO 4 kini rasmi di Malaysia pada harga promosi dari RM 1,599 24

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.