Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HUAWEI Mate 50 Series akan tiba di Malaysia tidak lama lagi – Ini 5 teknologi terbaru telefon pintar ini

HUAWEI Mate 50 Series akan tiba di Malaysia tidak lama lagi - Ini 5 teknologi terbaru telefon pintar ini 13

HUAWEI Malaysia telah mengadakan satu perjumpaan eksklusif media yang memberikan kami peluang untuk mencuba sendiri generasi terbaru HUAWEI Mate Series iaitu HUAWEI Mate 50 dan HUAWEI Mate 50 Pro.

Berdasarkan pengalaman kami mencuba HUAWEI Mate 50 Pro, ianya tampil dengan beberapa teknologi baharu yang pasti bakal menggagumkan pengguna apabila ianya dilancarkan di Malaysia kelak.

Berikut adalah 5 teknologi terbaru yang dimiliki HUAWEI Mate 50 Pro :

HUAWEI Mate 50 Series akan tiba di Malaysia tidak lama lagi - Ini 5 teknologi terbaru telefon pintar ini 14

Teknologi Pengimejan XMAGE 

HUAWEI Mate 50 Pro  ini tampil teknologi pengimejan kamera yang dibangunkan oleh HUAWEI sendiri iaitu XMAGE dengan membina empat tonggak teknikal: sistem optik, struktur mekanikal, teknologi pengimejan dan pemprosesan pengimejan, yang memecah standard sistem pengimejan mudah alih.

Sistem kamera XMAGE mempunyai Sistem Kamera Ultra Aperture yang terkemuka dalam industri dengan apertur fizikal boleh laras 10 saiz yang dilengkapi dengan apertur terbesar dalam industri telefon pintar F1.4, Super Night Mode, Potret Profesional dan Super Makro melangkaui model terdahulu untuk memberi anda kualiti imej yang terbaik dan tajam pada setiap gambar.

HUAWEI Mate 50 Series akan tiba di Malaysia tidak lama lagi - Ini 5 teknologi terbaru telefon pintar ini 15

Gelas keselamatan KunLun

Dari segi ketahanan skrin, HUAWEI Mate 50 Pro telah menetapkan penanda aras baharu dengan penggunaan kaca KunLun, kaca tahan lasak yang telah menerima penarafan lima bintang yang pertama dengan pesijilan dari Switzerland SGS – bermaksud anda mempunyai peranti tahan jatuh yang 10 kali lebih baik.

Peranti ini juga mempunyai pensijilan IP68 yang membolehkan telefon pintar ini kekal kalis air pada kedalaman sehingga 6 meter selain kalis habuk.

HUAWEI Mate 50 Series akan tiba di Malaysia tidak lama lagi - Ini 5 teknologi terbaru telefon pintar ini 16

Bateri 4,700mAh dengan pengecasan 66W HUAWEI SuperCharge 

HUAWEI Mate 50 Pro turut dilengkapi dengan 4,700mAh bersama  pengecasan pantas 66W HUAWEI SuperCharge, bagi mencapai keseimbangan optimum antara hayat bateri, pengecasan pantas dan mudah alih.

Kali ini, HUAWEI telah melancarkan Mod Kecemasan Bateri Rendah yang menggabungkan bateri spesifikasi tinggi dengan algoritma EMUI 13 yang berkuasa dan teknologi SuperEnergy Boosting untuk memaksimumkan penggunaan bateri telefon anda.

Teknologi ini membolehkan anda menggunakan 1% terakhir selama 3 jam atau panggilan telefon selama 12 minit.

HUAWEI Mate 50 Series akan tiba di Malaysia tidak lama lagi - Ini 5 teknologi terbaru telefon pintar ini 17

EMUI 13 + Teknologi SuperStorage 

HUAWEI Mate 50 Pro akan menjadi peranti pertama HUAWEI untuk menggunakan EMUI13 untuk yang pengguna pengalaman Super Device dengan reka bentuk estetik dan menyeluruh.

EMUI 13 ini dilengkapi dengan ciri-ciri baru untuk pengalaman yang lebih mesra pengguna. Anda boleh meleret ke atas pada ikon aplikasi tertentu untuk menjana Service Widget pada skrin utama telefon.

Service Widget mengandungi maklumat dalam aplikasi yang dapat memaparkan semua maklumat yang diperlukan oleh pengguna.

Di samping itu, EMUI13 akan membantu mengosongkan ruang storan sehingga 20GB dengan teknologi SuperStorage  yang berfungsi menyusun fail pendua, memampatkan aplikasi yang kurang digunakan, dan membuang muat turun yang tidak diperlukan, memberikan lebih banyak storan untuk perkara yang anda suka.

HUAWEI Mate 50 Series akan tiba di Malaysia tidak lama lagi - Ini 5 teknologi terbaru telefon pintar ini 18

HUAWEI AppGallery

kedai aplikasi ketiga terbesar dunia, HUAWEI AppGallery membolehkan HUAWEI Mate 50 Pro mengakses aplikasi kegemaran rakyat Malaysia tanpa perlu bimbang tentang data atau keselamatan peribadi anda.

Bagi mereka yang tidak sabar, anda dijemput untuk mengguna sendiri peranti tersebut pada acara eksklusif pengenalan HUAWEI Mate 50. Hanya klik di sini untuk mendaftar dan menjadi yang pertama untuk memegang telefon pintar flagship HUAWEI baharu. anda boleh melayari laman web rasmi HUAWEI, laman Facebook rasmi HUAWEI  atau Instagram untuk kemas kini terkini mengenai Siri HUAWEI Mate 50.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.