Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Telefon pintar lasak Samsung Galaxy XCover6 Pro kini rasmi di Malaysia – harga RM 2,399

Samsung Galaxy XCover6 Pro kini telah dilancarkan secara rasmi di Malaysia dan ianya merupakan telefon pintar lasak pertama Samsung dengan sokongan 5G

Samsung Galaxy XCover6 Pro memiliki skrin paparan LCD berukuran 6.6-inci dengan resolusi FHD+ dan kadar segar semula 120Hz. Skrin ini juga mempunyai kadar sensitiviti sentuhan yang lebih tinggi yang membolehkanya digunakan dengan sarung tangan atau tangan yang basah dan ianya turut dilapisi gelas keselamatan Corning Gorilla Glass Victus+

Sebagai telefon pintar lasak, Samsung Galaxy XCover6 Pro juga telah menerima pensijilan kalis air dan habuk IP68 serta piawaian MIL-810H.

Samsung Galaxy XCover6 Pro dijana cip Snapdragon 778G yang dipadankan dengan 6GB RAM dan storan dalaman 128GB yang turut boleh ditambah menggunakan slot microSD. Ianya juga mempunyai sokongan 5G dan Wi-Fi 6E.

Selain itu, Samsung Galaxy XCover6 Pro juga memiliki bateri berkapasiti 4,050mAh yang boleh ditanggal dan terdapat sokongan pengecasan pantas 15W namun adapter tidak disertakan dengan pembelian.

Salah satu ciri istimewa Samsung Galaxy XCover6 Pro ini adalah butang push-to-talk yang boleh dipra-tetap.

Beralih kepada kamera, Samsung Galaxy XCover6 Pro memiliki sensor utama 50MP f/1.8 bersama sensor ultrawide 8MP f/2.2. Kamera selfie adalah 13MP.

Lain-lain ciri yang dimiliki telefon pintar ini adalah OneUI yang berasaskan Android 12, mod speaker boost, NFC, bicu audio 3.5mm dan Samsung DeX.

Samsung Galaxy XCover6 Pro akan ditawarkan pada harga RM 2,399 dan pembelian telefon pintar ini boleh dilakukan melalui Samsung Authorized Enterprise Distributors seperti dibawah :

M-Link System (M) Sdn Bhd

No. 12A & 16, Jalan Teknologi 3/4 , Pusat Teknologi Sinar Damansara, PJU 5, Kota Damansara, 47810, Petaling Jaya, Selangor.

Contact no: 03-6143 0888

SNS Network (M) Sdn Bhd.

C-11-2, Block C 3 2 Square, Jalan 19/1, 46300 Petaling Jaya, Selangor.

Contact number: 03-79317616

Tri-e Marketing Sdn Bhd

A-5-35, IOI Boulevard, Jalan Kenari 5,Bandar Puchong Jaya, 47170, Puchong, Selangor

Contact number: 03-8076 1313

Maklumat lanjut di SINI

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.