Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Wiko 10 kini di Malaysia pada harga RM 699 sahaja

Wiko secara rasminya telah melancarkan Wiko 10 di Malaysia dan ianya akan mula ditawarkan mulai 7 Oktober ini pada harga RM 699.

Wiko 10 adalah sebuah telefon pintar yang tampil dengan skrin paparan LCD berukuran 6.74-inci dengan resolusi HD+ dan kadar nisbah 90.69%.

Selain itu, Wiko 10 juga dilengkapi cip Helio G37 daripada MediaTek bersama 6GB RAM dan storan dalaman 128GB.

Beralih kepada kamera, Wiko 10 memiliki sensor utama 50MP yang turut disertakan bersama sensor depth 2MP dan sensor makro 2MP. Kamera selfie adalah 8MP.

Wiko 10 juga memiliki bateri berkapasiti 5,000mAh dengan pengecasan pantas 22.5W.

Wiko 10 akan ditawarkan didalam tiga warna iaitu Klein Blue, Silver dan Black pada harga RM 699 namun anda boleh mendapatkanya di Shopee pada harga RM 649 sahaja berserta Extra Bass Stereo Headphones secara percuma.

 

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.