Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

OnePlus Nord Watch kini rasmi dengan skrin AMOLED dan hayat bateri sehingga 10 hari

OnePlus Nord Watch kini rasmi dengan skrin AMOLED dan hayat bateri sehingga 10 hari 9

OnePlus secara rasminya telah melancarkan jam pintar terbaru mereka dibawah Nord Series iaitu OnePlus Nord Watch.

OnePlus Nord Watch merupakan jam pintar kedua OnePlus selepas OnePlus Watch dilancarkan pada bulan Mac 2021.

OnePlus Nord Watch kini rasmi dengan skrin AMOLED dan hayat bateri sehingga 10 hari 10

OnePlus Nord hadir dengan skrin paparan AMOLED berukuran 1.78-inci yang mempunyai resolusi 366×448 piksel, kadar segar semula 60Hz dan kecerahan 500 nits. Ianya tampil didalam rangka yang diperbuat daripada aloi zink dan plastik manakala tali jam diperbuat dari silikon dengan pensijilan IP68.

Selain itu, jam pintar terbaru OnePlus ini juga tidak mempunyai GPS terbina yang bergantung maklumat GPS diperoleh dari telefon pintar melalui sambungan Bluetooth.

OnePlus Nord Watch kini rasmi dengan skrin AMOLED dan hayat bateri sehingga 10 hari 11

Seterusnya, OnePlus Nord Watch juga menyokong bacaan kadar degupan jantung, bacaan SpO2, perekod tidur dan kitaran haid bulanan bagi pengguna wanita.

Dalam pada itu, OnePlus Nord Watch juga menyokong sehingga 105 jenis aktiviti kecergasan dan turut mampu mengesan aktiviti tertentu secara automatik.

OnePlus Nord Watch kini rasmi dengan skrin AMOLED dan hayat bateri sehingga 10 hari 12

Bercakap mengenai bateri, OnePlus Nord Watch memiliki bateri 230mAh yang mampu memberikan jangka hayat bateri sehingga 10 hari dengan penggunaan agresif atau sehingga 30 hari pada mod low-power.

OnePlus Nord Watch ditawarkan didalam dua warna iaitu Midnight Black dan Sky Blue pada harga INR 6,999 (RM 399).

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.