Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Infinix Note 12 2023 dengan skrin AMOLED dan cip MediaTek G99 akan dilancarkan di Malaysia – RM 799 sahaja

Infinix secara rasminya telah mengesahkan bahawa telefon pintar Infinix Note 12 2023 akan ditawarkan di Malaysia mulai 7 Oktober ini pada harga RM 799.

Infinix Note 12 2023 ini juga dikenali sebagai Infinix Note 12 2023 Anti Lag-Lag Club dan Malaysia menjadi pasaran pertama di Asia Tenggara untuk menerima model ini.

Infinix Note 12 2023 hadir dengan skrin paparan True Colour AMOLED berukuran 6.7-inci dengan resolusi FHD+ yang mempunyai gamut warna DCI-P3 100% bersama rekaan yang nipis iaitu hanya 7.8mm.

Selain itu, Infinix Note 12 2023 juga dijana dengan cip MediaTek Helio G99 yang merupakan cip 6nm berprestasi tinggi dengan 8GB RAM, storan dalaman 128GB dan ciri Extended RAM yang memberikan tambahan 5GB RAM. Infinix Note 12 2023 juga tampil dengan Monster Gaming Kit untuk pengalaman gaming terbaik.

Beralih kepada kamera, Infinix Note 12 2023 memiliki sensor utama 50MP Ultra Night bersama sensor depth 2MP dan sensor AI. kamera selfie adalah 16MP.

Dalam pada itu, telefon pintar terbaru Infinix ini juga memiliki bateri berkapasiti 5,000mAh dengan pengecasan pantas 33W.

Infinix Note 12 akan ditawarkan didalam tiga warna iaitu Volcanic Grey, Tuscany Blue dan Alpine White yang boleh dibeli pada harga istimewa RM 699 (RRP RM 799) sahaja di Shopee pada 7 Oktober ini.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.