Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Aplikasi Samsung Expert RAW kini ditawarkan untuk Galaxy Note 20 Ultra, S20 Ultra dan Z Fold2

Aplikasi Samsung Expert RAW kini ditawarkan untuk Galaxy Note 20 Ultra, S20 Ultra dan Z Fold2 3

Samsung kini menawarkan versi baharu bagi aplikasi kamera Expert RAW yang membawakan sokongan kepada tiga model telefon pintar flagship sebelum ini iaitu Samsung Galaxy Note 20 Ultra, Galaxy S20 Ultra dan Galaxy Z Fold2.

Aplikasi kamera Expert RAW yang menyokong tiga model flagship ini kini sedia untuk muaturun di Galaxy App Store.

Walaubagaimanapun, Samsung memberikan amaran bahawa kualiti dan masa pemprosesan adalah berbeza kerana ianya adalah model lama dan tidak dapat menyamai kuasa pemprosesan yang ditawarkan pada model flagship semasa.

Selain itu, Samsung juga komited untuk sentiasa menambahbaik aplikasi Expert RAW ini dari semasa ke semasa namun dijangka tidak semua ciri baharu akan ditawarkan untuk semua model.

Dalam pada itu, Samsung juga mengesahkan bahawa mod Hyperlapse pada aplikasi Expert RAW akan ditawarkan pada Samsung Galaxy S22 Series tidak lama lagi.

Samsung bakal tawar kemaskini untuk sistem kamera Samsung Galaxy S22 Series – mod Astro Hyperlapse turut disertakan

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.