Xiaomi Redmi Note 11R kini rasmi dengan cip MediaTek Dimensity 700
Xiaomi secara rasminya telah memperkenalkan telefon pintar Redmi Note 11R yang merupakan model Poco M4 5G yang telah ditawarkan dipasaran global.
Xiaomi Redmi Note 11R tampil dengan skrin paparan FHD+ LCD berukuran 6.58-inci yang tampil dengan kadar segar semula 90Hz DynamicSwitch dan kamera selfie 5MP.
Xiaomi Redmi Note 11R dijana dengan Dimensity 700 yang dipadankan didalam tiga konfigurasi RAM dan storan dalaman iaitu 4/128GB, 6/128GB dan 8/128GB serta antaramuka MIUI 13 yang berasaskan Android 12.
Beralih kepada kamera, Xiaomi Redmi Note 11R ini tampil dengan sensor utama 13MP dan sensor depth 2MP.
Seterusnya, Xiaomi Redmi Note 11R ini juga memiliki bateri berkapasiti 5,000mAh dengan sokongan pengecasan pantas 18W namun hanya adapter 10W disertakan dalam kotak.
Xiaomi Redmi Note 11R akan ditawarkan didalam tiga warna iaitu Black, Blue dan Grey pada harga dari CNY 1,099 (RM 715)