Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Dapatkan Vaskin dan menangi jam Garmin Venu 2 atau 2s bernilai RM 1,799 melalui pertandingan #GarminCucukReward


Garmin Malaysia telah bersama dengan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Malaysia untuk mendorong  rakyat Malaysia mendaftar dan mengambil vaksin Covid-19.

Dalam meraikan Bulan Kesedaran Kesihatan, Garmin Malaysia telah mengumumkan pertandingan yang memfokuskan kepada rakyat untuk mendorong mereka untuk bersama-sama mencapai imuniti kelompok yang mampu memberikan kita peluang untuk menjalani kehidupan seperti biasa.

Pertandingan ini adalah untuk memotivasi orang untuk menghasilkan kandungan di media sosial sambil menyebarkan kesedaran positif mengenai vaksin di seluruh negara.

Pertandingan ini akan berlangsung dari 2 Julai hingga 2 Ogos 2021, pertandingan ini melibatkan para peserta dalam membuat dan memuatnaik kandungan kreatif pengalaman vaksinasi mereka di Instagram menggunakan templat rasmi Garmin berserta hashtag: #GarminCucukReward dan tag akaun rasmi Garmin Malaysia.

Pemenang berpeluang menerima Garmin Venu 2 atau Garmin Venu 2s yang bernilai RM 1,799, yang kedua-duanya dilengkapi dengan fungsi Pulse Oximetry.

Terma dan Syarat Pertandingan

Warganegara Malaysia dialu-alukan untuk turut serta dengan memuatnaik gambar atau video Instagram menggunakan templat rasmi Garmin untuk kempen ini.

Untuk menyertai , peserta mesti mempunyai bukti pengesahan vaksinasi dari aplikasi MySejahtera atau Selangkah.

Peserta perlu tag akaun instagram Garmin Malaysia di @GarminMalaysia dan sertakan hashtag, #GarminCucukReward

Pengumuman pemenang akan dibuat di Instagram Garmin Malaysia pada 9 Ogos 2021.

 Tarikh: 2 Julai 2021 – 2 Ogos 2021

Platform: Instagram (IG) 

● Templat Garmin: https://bit.ly/2Tt60qJ

Akaun Instagram Garmin Malaysia

@GarminMalaysia

Hashtag: #GarminCucukReward

Hadiah: Garmin Venu 2 atau Venu 2s (bernilai RM 1,799)

Kelayakan: Warganegara Malaysia dengan bukti pengesahan vaksinasi dari aplikasi MySejahtera atau Selangkah

Tarikh Pemenang di umumkan : 9 Ogos 2021

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.