Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Apple dilaporkan ingin mengalihkan 25% pengeluaran global iPhone ke India

Apple dilaporkan ingin mengalihkan 25% pengeluaran global iPhone ke India 3

China adalah hub pengkilangan hampir semua produk Apple namun syarikat Cupertino ini sentiasa mencari peluang untuk mempelbagaikan rantai bekalan mereka.

Laporan terbaru Reuters mendakwa bahawa Apple mahu mengalihkan pengeluaran global iPhone sebanyak 25% ke India menjelang tahun 2025 yang kini hanya 5%.

Dalam pada itu, laporan juga menyebut bahawa Apple mahu 25% produk syarikat yang terdiri daripada iPad, Apple Watch, AirPod dan Mac turut dikilangkan di luar China dan jumlah pengeluaran semasa adalah 5%.

Kilang pengeluaran iPhone di India telah beroperasi sejak 2017 dimana iPhone SE untuk pasaran India dikilangkan namun ianya telah mula mengeksport iPhone ke pasaran global selepas itu.

Selain itu, Foxconn juga akan mula memulakan proses pengeluaran iPhone 14 di India didalam masa beberapa minggu sahaja lagi.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.