Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

ULASAN : OPPO Enco Buds 2 – TWS Mesra Poket dengan 28 jam jangka hayat bateri

Bersama pelancaran OPPO Reno8 Z 5G, OPPO Malaysia juga telah memperkenalkan satu TWS kelas entry-level terbaru mereka iaitu OPPO Enco Buds 2.

OPPO Enco Buds 2 boleh dikatakan sebagai sebuah TWS yang disasarkan kepada golongan mudah yang mencari sebuah earbuds yang menawarkan nilai belian terbaik.

Berikut adalah ulasan OPPO Enco Buds 2 yang kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 129 sahaja.

Reka Bentuk

Seperti kebanyakkan TWS dipasaran, OPPO Enco Buds 2 tampil dengan reka bentuk yang agak sama iaitu rekaan in-ear yang dilihat sebagai rekaan earbuds yang paling selesa untuk dipakai dan ianya juga tampil dengan bekas pengecasan bujur yang lebih kompak.

Bekas pengecasan OPPO Enco Buds 2 juga mempunyai lampu indikasi LED namun peliknya ianya diletakkan bersebelahan dengan slot USB-C pada bahagian bawah.

Unit ulasan kami tampil didalam warna putih yang berkilat dan ianya tampil kemas tanpa sebarang kesan capjari walaupun digunakan untuk tempoh yang lama. Enco Buds 2 juga mempunyai pensijilan IPX4.

Beralih ke reka bentuk earbuds, ianya adalah jenis in-ear yang pastinya memberikan anda keselesaan yang berpanjangan dan ianya juga disertai dengan tangkai yang panjang untuk pengaktifan fungsi melalui sentuhan atau tap & hold.

Kualiti Audio 

OPPO Enco Buds 2 tampil dengan pemacu titanized 10mm yang amat jarang digunakan pada TWS earbuds didalam kelas harga ini dan ianya mampu menjana prestasi basss yang lebih berkuasa dan dinamik tidak kira genre lagu yang anda minati.

Selain itu, dengan kepakaran kajian dan pengalaman didalam bidang akustik selama 18 tahun, OPPO juga telah membangunkan kesan bunyi Enco Live Stereo Sound yang turut disertakan pada Enco Buds 2.

Enco Live Stereo Sound ini terdiri daripada tiga jenis kesan bunyi iaitu Original Sound, Bass Boost, dan Clear Vocals yang pasti membolehkan anda menikmati muzik dengan lebih imersif dan puas.

Ciri tersedia bagi penggunaan OPPO Enco Buds 2 bersama telefon pintar ColorOS 11 dan ke atas namun jika anda memiliki telefon pintar Android, pastikan anda memuatnaik aplikasi Hey Melody untuk menikmati ciri ini.

Secara keseluruhanya, OPPO Enco Buds 2 mampu menawarkan anda kualiti muzik yang setimpal pada harga kelas entry-level ini dan ada ketika ianya mampu memberikan anda pengalaman muzik yang lebih baik berbanding kebanyakkan TWS lain yang setaraf.

AI Deep Noise Cancellation untuk panggilan

Untuk memastikan pengguna dapat menikmati audio panggilan yang jelas, OPPO Enco Buds2 turut disertakan dengan pembatalan hingar AI untuk panggilan. Algoritma pembatalan hingar mensimulasikan sistem pendengaran binaural manusia berdasarkan rangkaian saraf dalam (DNN) yang mengesan suara manusia secara dinamik dan memisahkannya daripada bunyi latar belakang dalam masa nyata.

Jangka Hayat Bateri

TWS pada kelas harga seperti OPPO Enco Buds 2 biasanya hanya tampil dengan jangka hayat bateri yang baik namun Enco Buds 2 menawarkan anda sehingga 28 jam waktu pendengaran muzik dengan satu pengecasan penuh.

Ini bermaksud secara purata anda boleh menikmati sehingga 1 minggu ( pendengaran 4 jam sehari) pendengaran muzik iaitu 7 jam melalui bateri pada earbuds atau sehingga 28 jam bersama bekas pengecasan.

Selain itu, OPPO turut menyertakan pengecasan pantas pada Enco Buds 2 dimana 10 minit pengecasan mampu memberikan anda 1 jam waktu pendengaran muzik.

Seterusnya, OPPO Enco Buds 2 juga tampil dengan ciri binaural latensi rendah Bluetooth 5.2 untuk ketersambungan lancar yang terkemuka dalam industri dalam jarak 10m tanpa sebarang lag atau kehilangan transmisi.

Penutup

OPPO Enco Buds 2 ternyata menawarkan beberapa ciri audio tambahan yang mampu meletakkanya sebagai TWS kelas entry-level terbaik dipasaran.

Pada harga RM 129, OPPO Enco Buds 2 adalah sebuah TWS entry level yang berbaloi untuk dimiliki bagi anda yang mahu sebuah TWS yang asas.

 

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.