Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Honor umumkan sistem operasi Magic OS 7.0

HONOR secara rasminya telah memperkenalkan sistem operasi MagicOS 7.0, iaitu OS All-Scenario kolaborasi pintar, selepas memperkenalkan peranti terbaharu iaitu telefon pintar HONOR 70, tablet HONOR Pad 8 dan komputer riba HONOR MagicBook 14 2022 kepada pasaran global.

Ketiga-tiga produk ini telah dilancarkan di pasara Malaysia pada 18 Ogos lalu.

HONOR memperkenalkan MagicOS 7.0, rekaan OS baharu yang direka untuk menyediakan pengalaman lancar merentasi platform dan peranti.

Ia bersesuaian dengan Android serta sistem operasi PC dan IoT. Dengan adanya MagicOS 7.0, peranti yang menggunakan OS berbeza-beza boleh disambung ke peranti MagicOS pada peringkat sistem.

Selain pengubahan interface pengguna baharu, MagicOS 7.0 membolehkan pengguna mengawal komputer riba, telefon pintar dan tablet HONOR menggunakan satu papan kekunci dan tetikus. Melalui ciri-ciri itu juga, pengguna boleh memindahkan fail serta teks ke telefon pintar atau tablet dengan papan kekunci komputer riba mereka.

MagicOS 7.0 akan diumumkan secara rasmi pada suku keempat 2022.

Selain itu, HONOR meluaskan usaha samanya dengan Microsoft untuk membawa Phone Link kepada pengguna peranti HONOR antarabangsa.

Selain itu, bermula Oktober, aplikasi HONOR Health yang ditambah baik akan menyediakan antara interfaces yang disesuaikan mengikut peribadi pengguna serta menawarkan cadangan senaman dan program latihan mengikut gaya hidup pengguna, sekaligus membantu pengguna telefon pintar mencapai sasaran kesihatan mereka.

ULASAN: HONOR 70 – Fotografi terbaik dengan sensor 54MP IMX 800

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.