Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Kunjungi roadshow Samsung Galaxy Flextival – tawaran hebat kalau beli Galaxy Z Fold4 atau Z Flip4

Samsung Galaxy Z Fold4 dan Samsung Galaxy Z Flip4 kini telah ditawarkan secara rasmi di Malaysia dan untuk menghangatkan ketibaan telefon pintar ini, Samsung telah roadshow Samsung Galaxy Flextival yang akan berlangsung dibeberapa lokasi utama seluruh negara.

Berikut adalah maklumat mengenai tarikh dan lokasi roadshow Samsung Galaxy Flextival yang akan berlangsung antara 2 September sehingga 2 Oktober 2022.

2 September – 4 September 2022

  •  Setia City Mall, Selangor
  • Mid Valley Southkey, Johor

9 September – 11 September 2022

  •  Imago Mall KK, Sabah
  • Plaza Gurney, Penang

29 September – 2 October 2022

  •  Sunway Pyramid, Selangor

Antara tawaran menarik yang akan diberikan di roadshow Samsung Galaxy Flextival ini adalah ganjaran bernilai RM 1,398 yang termasuk Galaxy Watch 4 Bluetooth (40mm) bernilai RM 799, 1 tahun tambahan waranti dan 3x gantian filem skrin, dan banyak lagi.

Selain itu, anda juga berpeluang memenangi projektor Samsung Galaxy Freestyle bernilai RM 4,999 serta hadiah misteri dengan mengumpul tiga pelekat di zon experiential.

Akhir sekali, Samsung Galaxy Z Fold4 ditawarkan pada harga dari RM 6,799, manakala Samsung Galaxy Z Flip4 pula ditawarkan pada harga dari RM 4,099 dan terdapat juga Galaxy Z Flip4 Bespoke Edition yang ditawarkan pada harga RM 4,599.

Maklumat lanjut di https://www.samsung.com/my/offer/mobile/launch/galaxy-flextival/

Nak beli Galaxy Z Flip4?, baca Pandang Pertama : Samsung Galaxy Z Flip4 – foldable kompak generasi baharu yang diperhalusi

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.