Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Nokia X30 5G kini rasmi – telefon pintar mesra alam dengan cip Snapdragon 695

HMD Global telah membuat beberapa pengumuman sempena IFA 2022 dan paling utama adalah fokus kepada teknologi mampan dengan pelancaran telefon pintar yang menggunakan bahan kitar semua dan program langganan Circular memanjangkan jangka hayat peranti yang boleh digunakan dan mengurangkan sisa elektronik apabila pengguna menaiktaraf telefon pintat mereka.

Dua telefon pintar Nokia yang dilancarkan adalah Nokia X30 5G dan Nokia G60 5G yang tampil dengan cip Snapdragon 695 dan 3 kemaksini Android.

Nokia X30 5G 

Nokia X30 5G adalah telefon pintar yang memiliki rangka aluminium 100% kitar semula manakala panel belakang plastik yang dimilikinya adalah 65% diperbuat daripada bahan kitar semula yang menjadikanya telefon pintar paling mesra alam dan ini juga bermaksud tiada adapter pengecasan didalam kotak.

Nokia X30 5G memiliki skrin paparan AMOLED berukuran 6.43-inci dengan resolusi FHD+ dan kadar segar semula 90Hz. Panel ini juga dilapisi gelas keselamatan Corning Gorilla Glass Victus dan ianya mempunyai kecerahan maksima 900nits.

Cip Snapdragon 695 ini adalah diperbuat daripada proses 6nm yang sangat cekap tenaga dan ianya ditawarkan didalam konfigurasi RAM dan storan dalaman UFS 2.2 iaitu 6GB/128GB dan 8GB/256GB.

Beralih ke bahagian kamera, Nokia X30 5G menampilkan penggunaan sensor utama 50MP yang mempunyai OIS, sensor ultrawide 13MP yang dilapisi gelas Corning Gorilla Glass DX+. Kamera selfie adalah 16MP.

Nokia X30 5G juga memiliki bateri berkapasiti 4,400mAh dengan pengecasan pantas 33W dan mampu kekal pada kapasiti penuh sehingga 800 kitaran pengecasan.

Nokia X30 5G akan hadir dengan Android 12, sensor capjari dalam skrin, IR Blaster, NFC dan kalis air IP67.

Nokia X30 5G akan ditawarkan didalam dua warna iaitu Cloudy Blue dan Ice White pada harga dari €530 atau sekitar RM 2,738.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.