Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

OnePlus 10T 5G kini mula ditawarkan di Malaysia pada harga RM 3,199

OnePlus 10T 5G kini telah mula ditawarkan secara rasmi di Malaysia dan OnePlus telah mengumumkan promosi jualan pertama yang tidak kurang menariknya.

Bagi pembelian OnePlus 10T 5G mulai hari ini sehingga 9 September 2022, anda akan menikmati ganjaran bernilai sehingga RM 697 yang termasuk 1 tahun lanjutan waranti, 1 tahun pelan perlindungan skrin dan 1 tahun liputan waranti tambahan.

Bukan itu sahaja, OnePlus juga menawarkan promosi PWP yang membolehkan anda mendapatkan OnePlus Nord Buds pada harga RM 199 sahaja dan barangan OnePlus secara percuma.

OnePlus 10T 5G kini boleh dibeli melalui stor rasmi OnePlus di ShopeeLazada dan wakil penjual sah rasmi pada harga RM 3,199.

OnePlus 10T 5G juga boleh dimiliki melalui pelan ansuran sehingga 36 bulan.

Anda boleh baca ULASAN: OnePlus 10T 5G – Prestasi Flagship Snapdragon 8+ Gen 1 dan pengecasan 150W terbaik dipasaran

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.