Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Nokia G60 5G kini rasmi dengan skrin 120Hz dan sensor 50MP – harga dari RM 1,429

Nokia G60 5G kini rasmi dengan skrin 120Hz dan sensor 50MP - harga dari RM 1,429 9

Selain Nokia X30 5G, HMD Global turut telah mengumumkan Nokia G60 5G di IFA 2022 yang bermula hari ini.

Nokia X30 5G kini rasmi – telefon pintar mesra alam dengan cip Snapdragon 695

Nokia G60 5G 

Nokia G60 5G kini rasmi dengan skrin 120Hz dan sensor 50MP - harga dari RM 1,429 10

Nokia G60 5G memiliki skrin paparan LCD berukuran 6.58-inci dengan resolusi FHD+ dan kadar segar semula 120Hz. Skrin ini juga mempunyai lapisan gelas keselamatan Corning Gorilla Glass 5 dan menyokong kecerahan maksima 500 nits.

Cip Snapdragon 695 ini adalah diperbuat daripada proses 6nm yang sangat cekap tenaga dan ianya ditawarkan didalam tiga konfigurasi RAM dan storan dalaman UFS 2.2 iaitu 4/64GB, 4/128GB dan 6/128GB.

Nokia G60 5G kini rasmi dengan skrin 120Hz dan sensor 50MP - harga dari RM 1,429 11

Beralih ke bahagian kamera, Nokia G60 5G juga menampilkan penggunaan sensor utama 50MP tanpa OIS, sensor ultrawide 5MP sensor depth 5MP. Kamera selfie adalah 8MP.

Nokia G60 5G juga memiliki bateri berkapasiti 4,500mAh dengan pengecasan pantas 20W dan mampu kekal pada kapasiti penuh sehingga 800 kitaran pengecasan.

Nokia G60 5G kini rasmi dengan skrin 120Hz dan sensor 50MP - harga dari RM 1,429 12

Nokia G60 5G akan hadir dengan Android 12, bicu audio 3.5mm, kalis percikan air IP52, sensor capjari di sisi dan tiga kemaksini Android.

Nokia G60 5G akan ditawarkan didalam dua warna iaitu Pure Black dan Ice Grey pada harga dari €319 atau sekitar RM 1,429.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.