Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Honor 70 akan mula dijual secara rasmi pada 27 Ogos – RM 1,999

HONOR Malaysia secara rasmi telah mengumumkan bahawa jualannya rasmi Honor 70  akan bermula pada 27 Ogos ini.

Selain itu, setiap pembelian Honor 70 semasa tempoh ini layak menerima hadiah bernilai RM298 yang terdiri daripada sarung HONOR 70 dan jaminan lanjutan setahun.

Honor 70 telah dilancarkan di Malaysia beberapa minggu lalu dan ianya merupakan telefon pintar pertama dipasaran untuk tampil dengan sensor kamera 54MP IMX800 yang mendapat pujian menyeluruh.

Honor 70 tampil skrin paparan OLED berukuran 6.67-inci dengan resolusi FHD+ yang turut memiliki kadar segar semula 120Hz dan 1920Hz PWM Dimming, cip Snapdragon 778G+, 8GB RAM dan storan dalaman sehingga 256GB.

Beralih kepada kamera, Honor 70 memiliki sensor utama 54MP Sony IMX800 (tiada OIS), sensor ultrawide 50MP dan sensor depth 2MP. Kamera selfie adalah 32MP.

Selain itu, Honor 70 juga disertakan dengan bateri berkapasiti 4,800mAh dengan pengecasan pantas 66W dan antaramuka Magic UI 6.1 yang berasaskan Android 12.

Honor 70 akan ditawarkan didalam tiga pilihan warna iaitu Crystal Silver, Emerald Green dan Midnight Black pada harga RM 1,999.

Baca : ULASAN: HONOR 70 – Fotografi terbaik dengan sensor 54MP IMX 800

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.