Honor MagicBook 14 kini rasmi di Malaysia dengan skrin 2.1K dan cip Intel Core i5-12500H
Selain telefon pintar Honor 70 dan tablet Honor Pad 8, Honor juga telah memperkenalkan komputer riba kompak Honor MagicBook 14 untuk pasaran Malaysia.
Honor MagicBook 14 tampil dengan rangka aluminum yang mempunyai ketebalan 16.9mm dengan berat sekitar 1.58kg.
Honor MagicBook 14 tampil dengan panel skrin 2.1K Honor FullView berukuran 14.0-inci dengan kadar kecerahan 300nits dan menyokong gamut warna 100% sRGB.
Selain itu, Honor MagicBook 14 memiliki cip pemprosesan generasi ke-12 Intel Core i5-12500H, grafik Intel Iris Xe atau NVIDIA GeForce RTX 2050, 16GB RAM dan storan dalaman SSD 512GB.
Seterusnya adalah bateri yang dimiliki Honor MagicBook 14 ini, ianya tampil dengan sel 75Wh yang menyokong pengecasan pantas 100W Honor SuperCharge.
Honor MagicBook juga mempunyai sensor capjari pada butang kuasa, sokongan Honor Share, Honor Connect, OS Turbo, Windows 11 Home 64-bit dan 2 pembesar suara dengan Nahimic Audio.
Honor MagicBook 14 akan ditawarkan di Malaysia pada harga RM 4,299 bagi model dengan grafik Iris Xe manakala model dengan grafik NVIDIA GeForce RTX 2050 pula akan ditawarkan pada harga RM 5,099 mulai 26 Ogos ini.