Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi 12 Lite kini rasmi di Malaysia pada harga dari RM 1,699

Xiaomi 12 Lite kini rasmi di Malaysia pada harga dari RM 1,699 9

Xiaomi secara rasminya telah mengesahkan telefon pintar Xiaomi 12 Lite akan dilancarkan di Malaysia pada 18 Ogos ini.

Xiaomi 12 Lite akan memiliki skrin paparan AMOLED berukuran 6.55-inci dengan kadar segar semula 120Hz dengan ciri AdaptiveSync (60Hz/120Hz), pemproses Snapdragon 778G, 68GB RAM dan storan dalaman 128GB atau 256GB.

Xiaomi 12 Lite kini rasmi di Malaysia pada harga dari RM 1,699 10

Beralih ke bahagian kamera, Xiaomi 12 Lite memiliki sensor utama 108MP, sensor ultrawide 8MP dan sensor makro 2MP. Kamera selfie adalah sensor 32MP.

Xiaomi 12 Lite kini rasmi di Malaysia pada harga dari RM 1,699 11

Seterusnya, telefon pintar ini memiliki bateri berkapasiti 4,300mAh dengan sokongan pengecasan pantas 67W Turbo Charging dan adapter pengecasan juga disertakan dalam kotak.

Lain-lain spesifikasi Xiaomi 12 Lite adalah sensor capjari dalam skrin, pembesar suara stereo Dolby Atmos, IR blaster, MIUI 13 yang berasaskan Android 12, Wi-Fi 6 dan NFC.

Xiaomi 12 Lite kini rasmi di Malaysia pada harga dari RM 1,699 12

Xiaomi 12 Lite akan dibuka untuk pra-tempahan mulai 19 Ogos sehingga 26 Ogos pada harga promosi RM 1,599 bagi versi 8/128GB dan RM 1,799 bagi versi 8/256GB dan setiap pra-tempahan akan menerima Redmi Buds 3 Lite secara percuma.

Pra-tempah Xiaomi 12 Lite di Lazada | Shopee

*Harga selepas tempoh pra-tempahan adalah RM 1,699 dan RM 1,899

 

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.