Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Honor Pad 8 kini rasmi di Malaysia dengan cip Snapdragon 680 dan 8 pembesar suara – harga RM 1,399

Honor Pad 8 kini rasmi di Malaysia dengan cip Snapdragon 680 dan 8 pembesar suara - harga RM 1,399 9

Selain pelancaran telefon pintar Honor 70 di Malaysia, Honor juga telah memperkenalkan tablet Honor Pad 8 yang merupakan tablet pertama syarikat ini selepas sekian lama.

Honor 70 dengan sensor 54MP IMX800 dan skrin OLED 120Hz kini rasmi di Malaysia – harga RM 1,999

Honor Pad 8 kini rasmi di Malaysia dengan cip Snapdragon 680 dan 8 pembesar suara - harga RM 1,399 10

Honor Pad 8 memiliki skrin paparan IPS berukuran 12-inci dengan resolusi 2000 x 1200 dan 8 pembesar suara.

Tablet ini akan dikuasakan dengan cip Snapdragon 680, 6GB RAM + 2GB Extended RAM dan storan dalaman 128GB.

Honor Pad 8 kini rasmi di Malaysia dengan cip Snapdragon 680 dan 8 pembesar suara - harga RM 1,399 11

Bercakap mengenai kamera, tablet ini memiliki satu kamera hadapan 5MP dan satu kamera belakang 5MP.

Selain itu, Honor Pad 8 juga memiliki bateri berkapasiti 7,250mAh dengan sokongan pengecasan pantas 22.5W, Magic UI 6.1, berat 520gram dan ketebalan 6.9mm.

Honor Pad 8 kini rasmi di Malaysia dengan cip Snapdragon 680 dan 8 pembesar suara - harga RM 1,399 12

Honor Pad 8 akan ditawarkan di Malaysia pada harga RM 1,399 bermula 26 Ogos ini didalam satu pilihan warna iaitu Blue Hour dengan hadiah percuma bernilai RM 318.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.