Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

WIKO dinobatkan 5 syarikat telefon pintar terbaik di Jualan Shopee 8.8

WIKO dinobatkan 5 syarikat telefon pintar terbaik di Jualan Shopee 8.8 3

Pengeluar telefon pintar terkemuka Perancis, iaitu WIKO telah memulakan jualan WIKO T10 di Malaysia bersempena dengan Jualan Festival Jenama Super 8.8 di Shopee.

Sehubungan dengan itu, WIKO Malaysia telah mengumumkan bahawa penjualan WIKO T50 dan WIKO T10 mendapat sambutan dan sokongan yang menggalakkan sekaligus meletakkan syarikat ini di dalam 5 Syarikat Telefon Bimbit terbaik pada Jualan Festival Jenama Super Shopee 8.8 (mengikut unit yang dijual)

Pencapaian ini adalah sesuatu yang membanggakan kerana dua telefon pintar ini dilancarkan di Malaysia selepas sekian lama dan pastinya menjadi tonik untuk syarikat ini memperkenalkan lebih banyak produk untuk pengguna tempatan.

Bagi yang ingin mendapatkan WIKO T50 atau WIKO T10 masing-masing pada harga RM 899 dan RM 429 boleh mengunjungi stor rasmi WIKO Malaysia di Shopee.

 

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.