Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HONOR MagicBook 14 dan HONOR Pad 8 akan dilancarkan di Malaysia pada 18 Ogos ini

HONOR MagicBook 14 dan HONOR Pad 8 akan dilancarkan di Malaysia pada 18 Ogos ini 3

Honor Malaysia telah mengesahkan bahawa pelancaran Honor 70 pada 18 Ogos ini akan turut menyaksikan syarikat ini memperkenalkan komputer riba Honor MagicBook 14 dan tablet Honor Pad 8.

HONOR MagicBook 14 

HONOR MagicBook 14 adalah sebuah komputer riba bersaiz 14 inci yang pertama pada tahap harga yang sama namun dengan prestasi luar biasa.

Ianya turut memiliki kad grafik khas NVIDIA RTX 2050 yang dapat meningkatkan kuasanya untuk lakaran 3D  , suntingan video atau foto.

Komputer riba ini turut dilengkapi bateri berkapasiti 75Wh yang menawarkan tontonan video 1080p sehingga 15 jam.

Tidak banyak yang komputer riba dipasaran yang setaraf HONOR MagicBook 14 dalam pasaran dengan ciri-ciri prestasi tinggi dan bateri tahan lama.

HONOR Pad 8 

HONOR Pad 8 merupakan satu-satunya tablet dalam kelas harganya yang mempunyai 8 pembesar suara.

Ia dilengkapi paparan HONOR Fullview dengan perlindungan mata berdefinisi tinggi 12 inci 2K, peminat boleh menikmati pemandangan sinematik seperti dalam pawagam pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja.

Dengan kembalinya Google Mobile Services (GMS), aplikasi muat turun dan kemas kini boleh dilakukan menerusi Google Play Store.

Mengetengahkan Multi-windows Viewing dan App Extender, skrin tablet yang besar sesuai untuk apa jua kegunaan, sama ada untuk kerja atau hiburan.

layari  https://bit.ly/HONOR70newlaunchPR atau kunjungi laman Facebook HONOR Malaysia hari ini!

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.